LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan, dalam kejadian di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata penahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibuat di pejabat trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada jam 11.30 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan terhadap suspek akan dilakukan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular klip video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuatnaik seorang pelayar laman sosial Facebook (FB) memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melakukan buli jalan raya dengan beberapa kali cuba menghimpit sebuah kereta lain.

Berita berkaitan:

  • Pemandu Hilux 'buli' kereta dicari [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 11:06 PM