KEADAAN kereta peronda polis yang terbabas.
KEADAAN kereta peronda polis yang terbabas.
Oleh Salman Hamat

Butterworth: Seorang pemandu van bertindak menghimpit kereta peronda polis (MPV) walaupun tembakan amaran sudah dilepaskan oleh anggota polis terbabit sebelum MPV itu terbabas dan melanggar tiang sebuah kediaman, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi di Jalan Seri Ara 1, Taman Seri Ara, di sini, dua anggota polis berkenaan melakukan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah van Nissan Vennete yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, anggota berkenaan kemudian melakukan semakan dan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Sungai Nibong.

“Ketika cuba dipintas, pemandu van berkenaan secara tiba-tiba menghimpit MPV polis dan memecut laju menghala ke arah Taman Seri Ara dan anggota terbabit mengejarnya serta mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan, namun tidak diendahkan.

“Dalam keadaan tegang itu, pemandu van membelokkan kenderaannya ke sebelah kiri dan sekali lagi menghimpit MPV yang berada di sebelah kanan menyebabkan anggota bertugas melepaskan satu das tembakan amaran,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 7:37 AM