HUAWEI nova 9 SE  menawarkan pengalaman pengguna yang mudah, lancar, serta selamat untuk pengguna. - FOTO HUAWEI
HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengalaman pengguna yang mudah, lancar, serta selamat untuk pengguna. - FOTO HUAWEI
Nur Amirah Abd Rani

JENAMA unggul HUAWEI kini kembali dengan pelancaran telefon pintar baharu yang mampu memenuhi cita rasa peminat teknologi dan fesyen pada harga rendah. 

Elegan, berkuasa dan murah, ini definisi termudah bagi telefon pintar baharu HUAWEI nova 9 SE yang sentiasa mengetengahkan keperluan generasi muda. 

Telefon pintar HUAWEI nova 9 SE ini boleh didapati pada harga serendah RM1,099 dengan ciri hebat!

Kamera 108MP mengagumkan

Bagi pengguna dengan minat mendalam terhadap bidang fotografi, peranti HUAWEI nova 9 SE boleh merakam foto yang sempurna dengan pelbagai mod. 

Peranti baharu ini didatangkan dengan Kamera Resolusi Tinggi 108MP super, yang menawarkan pengalaman fotografi menakjubkan. 

Ia turut dilengkapi dengan lensa Kamera Kuad AI 108MP, lensa Sudut-Ultra-Lebar 8MP, lensa Bokeh 2MP dan lensa makro 2MP yang mampu menghasilkan gambar berkualiti tinggi. 

Turut dilengkapi dengan sensor besar 1/1.52 inci, telefon ini mampu memberikan resolusi dan kepekaan cahaya yang sangat baik serta meningkatkan imej dengan lebih jelas dan prestasi cahaya malap lebih baik.

Kamera pada telefon pintar ini hadir dengan Kamera Sudut Lebar 16MP sebagai kamera hadapan ditambah dengan Teknologi Pixel Binning 4-dalam-1 dan turut menyokong fungsi Super Night Shot. 

Reka bentuk estetik

Telefon pintar ini direka dengan kaca melengkung yang licin apabila disentuh dengan butang di bahagian tepi. 

Seberat 191g dan berukuran hanya 7.94mm, HUAWEI nova 9 SE sesuai dan sempurna serta menawarkan pegangan yang selesa semasa menggenggam.

Selaras dengan gaya siri HUAWEI nova, HUAWEI nova 9 SE didatangkan dalam tiga warna iaitu Crystal Blue, Pearl White, dan Midnight Black. 

Inovasi vlogging kreatif

HUAWEI nova 9 SE dilengkapi ciri rakaman hadapan dan belakang berterusan yang membolehkan pengguna merakam video dengan lancar. 

Selain itu, ciri dwi-paparan videonya yang menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak membolehkan pengguna melihat dua perspektif sekaligus dalam satu video tanpa perlu menyunting.

Dengan aplikasi Petal Clip HUAWEI nova 9 SE yang diprapasang, anda boleh memilih daripada pelbagai templat video, tema dan muzik.

Antara fungsi yang dinaik taraf terbaharu adalah Autocaption, Auto-mark dan Moving picture, mampu membantu pengguna untuk lebih mudah membuat vlog dengan kesan multimedia tersedia. 

Paparan penuh lancar

HUAWEI nova 9 SE dilengkapi dengan Skrin Paparan Penuh HUAWEI 6.78-inci dengan bezel ultra-sempit berukuran hanya 1.05mm pada setiap sisi. 

Walaupun saiznya yang padat, ia menampilkan nisbah skrin-ke-badan 94.85 peratus dan resolusi tinggi 2388 x 1080. 

Untuk pengalaman visual yang lebih lancar, skrin HUAWEI nova 9 SE hadir dengan kadar penyegaran paparan 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 270 Hz. 

HUAWEI nova 9 SE mampu memberikan anda pengalaman mendebarkan apabila menonton video atau bermain permainan mudah alih. 

Prestasi perkasa dengan supercharge

Dengan teknologi bateri HUAWEI terkemuka dalam industri, HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang mampu mengecas bateri penuh dalam masa 36 minit sahaja. 

HUAWEI nova 9 SE juga menggunakan teknologi pelesapan haba graphene yang mampu menyejukkan peranti apabila panas.

Pengalaman  pintar pengguna

HUAWEI nova 9 SE  dilengkapi dengan EMUI 12, yang menawarkan pengalaman pengguna yang mudah, lancar dan selamat untuk bekerja, belajar, berkomunikasi, hiburan atau penyuntingan video.

Terima kasih kepada ciri Peranti Supernya, dengan leretan mudah, pengguna boleh meneroka Panel Kawalan dan mendapatkan akses pantas kepada main balik audio, tetapan Wi-Fi dan Bluetooth, serta menjadikannya lebih mudah untuk dikawal. 

Terokai kemungkinan tanpa had di HUAWEI AppGallery

Di HUAWEI AppGallery, terdapat pelbagai kategori aplikasi yang tersedia seperti  permainan, perbankan, sosial, membeli-belah, pendidikan, gaya hidup dan banyak lagi.

Dengan pelancaran HUAWEI nova 9 SE, AppGallery juga menawarkan pelbagai jenis aplikasi tempatan yang semakin berkembang untuk memenuhi keperluan harian pengguna. 

Aplikasi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa seperti Shopee MY, Lazada, Touch 'n Go eWallet, Grab Superapp, Maybank2u MY, TikTok kini boleh didapati di AppGallery.

Sempena sambutan pelancaran HUAWEI nova 9 SE di Malaysia, pengguna akan dapat menikmati baucar hadiah aplikasi eksklusif yang ditawarkan oleh rakan kongsi aplikasi AppGallery.

Antaranya, baucar Watsons percuma bernilai RM10, baucar Kopi ZUS CEO Latté bernilai sehingga RM9.90, baucar Tealive bernilai RM7, kredit parking RM30 apabila membeli Flexi Motor Protections dan diskaun EASI 20 peratus baucar dihadkan pada RM15 tanpa perbelanjaan minimum tiga kali bagi setiap pengguna serta dua keping baucar J&T bernilai sehingga RM10. 

Pratempah HUAWEI nova 9 SE sekarang!

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar baharu yang benar-benar menarik perhatian semua pada harga yang berpatutan, HUAWEI nova 9 SE baharu ialah pilihan yang tepat! 

Dengan harga RM1,099, pengguna kini boleh membuat pra-pesanan sehingga 18 Mac. 

Pengguna akan menerima HUAWEI FreeLace dan promosi perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI yang lain, berjumlah sehingga RM560 sebagai hadiah percuma semasa tempoh pra tempah mengikut konsep siapa cepat dia dapat.

Layari laman rasmi  HUAWEI, dan lawati platform rasmi HUAWEI Experience Store, Shopee dan Lazada untuk pra tempah HUAWEI nova 9 SE anda hari ini!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 5:02 PM