Mohammad Asyraf Khalib

JENAMA peranti terkemuka dunia, HUAWEI komited menawarkan pengalaman terbaik buat pengguna merangkumi setiap aspek termasuk produktiviti dan hiburan. 

Terbaharu, syarikat teknologi gergasi itu tampil mengejutkan industri dengan kemunculan HUAWEI nova 9 yang digelar sebagai peranti fotografi terulung dalam industri. 

HUAWEI nova 9 tampil dengan sistem kamera berkuasa, rekaan elegan dan memukau serta prestasi hebat yang mampu menawarkan pengalaman pengguna pada tahap maksimum.  

1. Kamera tiada tandingan

Image

Kebanyakan telefon pintar generasi baharu di pasaran dikemas kini dengan pelbagai fungsi menarik termasuk penawaran kamera beresolusi tinggi untuk hasil fotografi memukau.

Namun, mengambil gambar dengan resolusi kamera yang tinggi sahaja tidak cukup, sebaliknya kadar pendedahan cahaya menerusi sensor kamera juga perlu diberi keutamaan. 

Justeru, sebagai peneraju teknologi global, HUAWEI menjalankan pelbagai penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan peranti keluarannya memberi kepuasan optimum kepada pengguna. 

Menerusi HUAWEI nova 9, sistem kamera peranti ini cukup menakjubkan kerana ia membolehkan pengguna mengambil gambar berkualiti tinggi bagai dunia nyata, tidak kira masa dan di mana sahaja. 

Ia hadir dengan kamera Ultra Vision 50 megapiksel (MP), kamera Sudut Ultra Lebar 8MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera makro yang mampu mengambil gambar dekat sehingga 4 sentimeter (cm).

Menariknya, dengan penyertaan penuras RYYB yang sensitif terhadap cahaya, kamera HUAWEI nova 9 diyakini mampu mengumpul lebih 40 peratus cahaya, menjanjikan hasil gambar lebih tajam dan jelas. 

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI nova 9 turut dilengkapi dengan XD Fusion Engine, teknologi inovatif HUAWEI dalam menambah baik kualiti gambar menerusi teknik fotografi berkomputer.

Hasil fotografi juga diyakini lebih memukau dengan adanya teknologi Ultra Vision HDR yang membolehkan pengguna menghasilkan karya setanding jurugambar profesional.

Selain itu, HUAWEI nova 9 turut menyokong fungsi Super Night Mode, menawarkan hasil gambar lebih terang dan jelas walaupun dalam keadaan gelap.

Peranti ini juga sangat ideal untuk pencipta kandungan kerana ia dilengkapi fungsi video Dual-View yang membolehkan kamera hadapan dan belakang berfungsi serentak. 

Pendek kata, mereka tidak perlu membazir masa untuk menyunting video kerana HUAWEI nova 9 bersedia menyerlahkan kreativiti setiap karya pada bila-bila masa diperlukan.

2. Paparan besar, prestasi lancar

Image

Selain sistem kamera yang hebat, HUAWEI nova 9 turut mencuri perhatian ramai menerusi skrin paparan melengkung OLED 6.57 inci yang menawarkan pengalaman hiburan lebih sinematik dan memukau.

Pengguna juga pasti teruja dengan kelancaran tatalan dan grafik yang pantas menerusi sokongan kadar penyegaran sehingga 120Hz, sempurna memenuhi keperluan harian pengguna. 

Lebih menarik, HUAWEI nova 9 juga berupaya mengubah kadar penyegaran paparan antara 60Hz dan 120Hz mengikut tahap penggunaan peranti.

Ciri ini membantu mengimbangi dan mengekalkan prestasi telefon pintar pada tahap optimum termasuk menawarkan kelancaran semasa menonton video di samping memanjangkan jangka hayat bateri. 

3. Rekaan menawan

Image

Dari segi rekaan, HUAWEI nova 9 tampil elegan dengan rekaan kaca melengkung serta butang berfungsi pada bahagian sisi.

Melalui proses pengisaran kaca yang canggih, kemasan lengkungan kaca dengan bingkai logam pada peranti ini tampak cukup sempurna dengan permukaan yang licin sekata. 

Peranti ini juga direka kompak, selesa dalam genggaman tangan dengan berat 175 gram (g) dan tebal hanya 7.77 milimeter (mm).

Didatangkan dengan dua pilihan warna premium iaitu Hitam dan Starry Blue, HUAWEI nova 9 bakal membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya jatuh cinta. 

Selain itu, dengan gandingan proses dwi-filem dan dwi-salutan anti-silau, HUAWEI nova 9 tampil menawan dengan kemasan matte mewah serta tekstur halus menawarkan sentuhan berkualiti.

4. Pengecasan pantas

Image

Telefon pintar kehabisan bateri saat anda sedang bermain permainan mudah alih atau menonton filem sudah tentu menghilangkan mod. 

Dengan HUAWEI nova 9, anda tidak perlu runsing terpaksa menunggu lama untuk mengecas semula peranti kerana masa diambil sangat singkat.

Dengan teknologi pengecasan pantas 66 Watt (W), HUAWEI nova 9 mampu mengecas semula bateri sehingga penuh 100 peratus dalam masa 38 minit sahaja. 

5. Bermain bagai juara

Bagi penggemar permainan mudah alih, HUAWEI nova 9 seharusnya berada dalam senarai peranti pilihan kerana telefon pintar ini bakal membantu anda mencapai prestasi terbaik dalam skor permainan.

Dengan Touch Turbo Gaming Experience, anda boleh menikmati sehingga 300Hz kadar pensampelan sentuhan sekali gus menikmati sentuhan yang lancar, responsif, stabil dan tepat. 

HUAWEI nova 9 juga dilengkapi teknologi penyejukan Cecair Graphene dan VC yang memastikan pengalaman permainan tidak terganggu dengan masalah peranti panas.

Ia menggunakan teknologi pelesapan haba graphene dengan mengesan haba dan segera menyejukkan peranti apabila panas mula dikesan.

6. Sambungan pintar dengan HMS

Sebagai peneraju teknologi global, HUAWEI komited menyediakan semua kemudahan yang saling terhubung dalam satu ekosistem. 

Untuk itu, HUAWEI Mobile Services (HMS) dibangunkan bagi menawarkan pengguna kehidupan lebih efisien dan pintar.

Dengan HUAWEI AppGallery, pengguna boleh menarik nafas lega kerana ia mengandungi semua aplikasi yang diperlukan untuk kegunaan harian. 

HUAWEI AppGallery hanya boleh diakses menggunakan satu ID HUAWEI menerusi pelbagai peranti HUAWEI yang berbeza menjadikan privasi pengguna lebih selamat dan dilindungi.

Ibu bapa yang bekerja pula boleh mengaktifkan Parental Control untuk mengakses fungsi sekatan bagi menghalang anak daripada melayari internet dalam jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun e-mel seperti Outlook, Gmail, Yahoo, tetapi tidak mahu telefon pintar HUAWEI penuh dengan aplikasi e-mel, pastikan anda memanfaatkan aplikasi e-mel yang sedia dipasang pada peranti HUAWEI atau muat turun aplikasi myMail di HUAWEI AppGallery.

Untuk lebih keseronokan, terokai Petal Search, enjin carian mudah alih dikuasakan AI yang pasti memudahkan anda untuk mencari hampir semua perkara secara dalam talian.

Lebih mengagumkan, hasil carian pada Petal Search adalah daripada HUAWEI AppGallery dan kedai pihak ketiga yang dipercayai, menawarkan lebih banyak pilihan kepada penggunanya. 

Strim JOOX dan menang!

Image

Seiring kemunculan HUAWEI nova 9, HUAWEI mengajak anda untuk menyertai peraduan Strim & Menang di JOOX bermula 29 Oktober hingga 4 November 2021. 

Menariknya, dengan hanya mendengar lagu nova 9 dimainkan di JOOX selama sembilan jam, anda berpeluang menjadi pemenang untuk membawa pulang HUAWEI FreeBuds 4 bernilai RM599. 

Selain itu, anda juga dijemput untuk menyerlahkan bakat nyanyian menerusi Star Karaoke Battle yang bakal diadakan bermula 5 November hingga 18 November ini di JOOX. 

Menerusi peraduan itu, seramai tiga pemenang akan dipilih menerusi tiga kategori iaitu penerima hadiah terbanyak, penerima tanda suka terbanyak dan penyertaan paling kreatif (pilihan editor). 

Pelancaran rasmi HUAWEI nova 9

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran langsung pelancaran rasmi HUAWEI nova 9 di Malaysia pada 8 November ini tepat jam 8 malam menerusi Facebook rasmi HUAWEI. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9, kunjungi HUAWEI Experience Store yang berhampiran atau layari HUAWEI Online Store, Shopee dan Lazada.

Image

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 1:11 PM