Nurshafika Suhaimi

SETIAP barisan generasi baharu produk utama jenama unggul HUAWEI pasti menawarkan spesifikasi dan teknologi terbaik bagi memenuhi keperluan pengguna.

Hadir dengan pelbagai ciri premium seperti teknologi Engsel Sayap Falcon yang pertama dalam industri, reka bentuk estetik dan pengecasan pantas yang luar biasa, HUAWEI terus menerajui industri teknologi dengan terobosan inovasi.

Terbaharu, HUAWEI melancarkan siri produk utama menampilkan HUAWEI Mate Xs 2 boleh lipat, siri HUAWEI P50, HUAWEI WATCH GT 3 Pro, HUAWEI WATCH Fit 2 dan HUAWEI nova Y70.

Jam pintar HUAWEI pertama dengan Mod Freediving

Bagi peminat teknologi, jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu, sebaliknya merupakan aksesoris yang melambangkan emosi, kecantikan, dan keperibadian sebagai pelengkap gaya hidup.

Seiring perkembangan teknologi, HUAWEI tampil memperkenalkan jam tangan pintar premium terbaru, HUAWEI WATCH GT 3 Pro  dengan gelang Titanium (Grey, White) dan Ceramic (White).

Jam tangan 43milimeter (mm) ini menggabungkan kedua-dua kesukanan jenama dan kepekaan halus bagi menyerlahkan lagi gaya peribadi pengguna. 

Bagi mereka yang mementingkan gaya hidup sihat, peranti ini dapat memantau kesihatan dan kecergasan pengguna, sekali gus membuka tirai norma baharu yang berfokuskan era digital.

Peranti HUAWEI WATCH GT 3 Pro dapat membangunkan tabiat senaman disiplin diri dan pengurusan kesihatan yang aktif serta menyokong mod sukan profesional baharu yang menyepadukan sukan profesional ke dalam kehidupan pintar.

Dikuasakan oleh HarmonyOS, HUAWEI WATCH GT 3 Pro mempunyai hayat bateri yang sangat panjang bagi Siri HUAWEI WATCH GT.

Rekaan bateri yang dipertingkatkan memberikan HUAWEI WATCH GT 3 Pro Titanium Edition hayat bateri 14 hari dalam senario biasa dan hayat bateri lapan hari dalam senario penggunaan berat.

Sementara itu, HUAWEI WATCH GT 3 Pro Ceramic Edition memberikan hayat bateri selama tujuh hari dalam senario biasa dan hayat bateri empat hari dalam senario penggunaan berat.

HUAWEI Mate Xs 2, telefon pintar boleh lipat

Peranti boleh lipat terbaharu daripada HUAWEI memanfaatkan kelebihannya sebagai ultra-rata, ultra-nipis, ultra-ringan serta menampilkan spesifikasi terkini untuk memberi pengalaman hebat buat pengguna. 

Selain gabungan teknologi inovatif hebat, HUAWEI Mate Xs 2 juga menampilkan DNA inovasi teknologi HUAWEI, membawa pengalaman yang lebih baik, termasuk skrin besar yang lebih mengasyikkan dan interaksi inovatif yang lebih berkuasa.

Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti HUAWEI Mate Xs 2 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888 4G dan didatangkan dalam trim storan 8GB RAM dan 512GB tunggal.

Bukan itu sahaja, peranti ini juga memberi keselesaan pada pengguna dengan rekaan lengkungan di kiri dan kanan serta rupa bentuk yang ringkas dan elegan.

Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar serta berat hanya kira-kira 255g dengan ketebalan 5.4mm, ia bakal memberikan pengalaman lebih mesra dalam satu tangan kepada pengguna.

Nantikan untuk pra-pesanan HUAWEI Mate Xs 2 pada 3 Jun ini pada harga RM7,999 dan terima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,400*. 

Ketahui lebih lanjut di kedai rasmi HUAWEI Shopee dan HUAWEI Lazada

*mengikut terma dan syarat

Siri P50, anggun dan sederhana

Siri P50 keluaran HUAWEI menampilkan P50 Pro dan telefon boleh lipat P50  Pocket yang mempunyai keupayaan kamera pada kelas tersendiri dalam menghasilkan potret tahap profesional daripada mana-mana swafoto.

Kedua-dua peranti itu hadir dengan sistem kamera Dual-Matrix serta keupayaan optik XD HUAWEI dan XD Fusion Pro sekali gus memberi kualiti gambar terbaik.

Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti HUAWEI P50 Pro menggunakan tetapan empat lensa iaitu 50 megapiksel (MP) kamera 'True Chroma' dengan sensor F/1.8 bersama-sama padanan 40MP True Chroma dengan sensor Mono F/1.6.

Dua lagi lensa adalah 13MP untuk sudut ultra lebar dengan 64MP lensa telefoto bersama sensori F/3.5 bersama-sama dengan teknologi OIS.

Hasil gabungan lensa berkenaan, ia berkeupayaan untuk pembesaran digital, pembesaran optikal dan pembesaran hibrid mengikut tetapan pengguna.

Peranti HUAWEI P50 hadir dalam dua warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black, manakala HUAWEI P50 kini hadir dalam warna baharu iaitu Silver Blue.

Kedua-dua peranti ini boleh di dapati di kedai rasmi HUAWEI Shopee dan Lazada.

HUAWEI nova Y70

Tampil dengan ciri menakjubkan, HUAWEI nova Y70 bakal menjadi sebahagian daripada peranti mampu milik yang terus berkembang.

Hadir dengan ciri praktikal skrin besar, hayat bateri yang panjang dan storan besar, kepada penampilan yang indah, HUAWEI nova Y70 pastinya memberikan pengalaman lancar dan kualiti yang boleh dipercayai.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan bateri besar 6000mAh membolehkan pengguna menonton video selama tiga jam berterusan dengan pengecasan selama sepuluh minit.

Dengan kelebihan ini, pengguna tidak perlu bimbang dalam perjalanan, bermain, menonton atau membuat panggilan perniagaan.

Dari segi spesifikasi, ia dibina dengan Paparan Paparan Penuh HUAWEI 6.75 inci, sama ada imej, video atau permainan, HUAWEI nova Y70 boleh memaparkan lebih banyak kandungan pada saiz yang lebih besar.

Nantikan HUAWEI nova Y70 dengan harga mampu milik RM699, yang bakal tiba di Malaysia pada bulan Jun ini.

HUAWEI Watch FIT 2, jam pintar kecergasan dengan pelbagai warna

Dipertingkatkan dengan pelbagai warna, jam pintar HUAWEI Watch FIT 2 membawa lebih banyak penambahbaikan, sekali gus menjadikan kehidupan lebih bijak buat pengguna.

Melalui peranti ini, pengguna dapat memantau segala aktiviti tanpa menjejaskan aktiviti harian dengan ciri panggilan bluetooth untuk pengguna membuat atau menerima panggilan terus dari jam pintar, mendengarkan muzik ketika dalam perjalanan serta audio jurulatih kecergasan.

Dengan paparan penuh HUAWEI HD AMOLED lebih besar daripada sebelumnya pada 1.74 inci, membolehkan pengguna mengambil setiap perincian dengan sekali pandang sahaja.

Bahkan, reka bentuk ringan hanya 34g dengan pelbagai pilihan warna tali pasti melengkapkan gaya pemakai. 

HUAWEI Watch FIT 2 akan tersedia untuk pembelian pada harga RM599 (Active Edition) dan RM699 (Elegant Edition).

Tanpa Had dengan HUAWEI AppGallery - Manfaatkan HUAWEI WATCH GT 3 Pro dengan Aplikasi Jam Tangan Pintar.

Pengguna HUAWEI Watch GT 3 Pro boleh mengakses maklumat penting, meningkatkan produktiviti dan kekal berhibur dengan pelbagai aplikasi jam tangan pintar yang tersedia di HUAWEI AppGallery.

Dengan menyambung ke HUAWEI Health, pengguna kini boleh meneroka lebih banyak fungsi aplikasi untuk memaksimumkan penggunaan jam tangan pintar mereka.

Sebagai contoh, melalui bahagian 'Watch Faces', pengguna boleh bebas tukar tema muka jam mengikut citarasa mereka.*

Bagi fungsi navigasi, 'Petal Maps' akan terus disambungkan secara automatik apabila pengguna memulakan navigasi pada telefon mereka, membolehkan pengguna mencari jalan yang betul hanya dengan melihat pergelangan tangan.

Pengguna HUAWEI Watch GT 3 Pro boleh menemui lebih banyak aplikasi jam tangan pintar melalui HUAWEI AppGallery. 

*Telefon yang disambungkan perlu berjalan pada EMUI5.0 (Android 7.0) atau lebih baru untuk menyokong "Petal Maps".
HUAWEI WATCH GT 3 Pro kini tersedia untuk pra-tempahan bermula dari 19 Mei 2022 hingga 26 Mei 2022 harga bermula daripada RM1,399 (Grey Leather Strap) di HUAWEI Experience Store berhampiran atau HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store Shopee dan HUAWEI Flagship Store Lazada.

Pelanggan yang membuat pesanan sekarang layak mendapat hadiah HUAWEI Band 6

Dapatkan juga HUAWEI WATCH GT 3 Pro Ceramic (White Leather Strap, Ceramic Strap) yang dijual pada harga RM 2,399 di HUAWEI Store Online atau HUAWEI Flagship Store Lazada. Pelanggan yang membuat pesanan sekarang layak mendapat hadiah HUAWEI Freebuds Lipstick.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu HUAWEI, kunjungi HUAWEI Experience Store berhampiran atau layari HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store Shopee dan HUAWEI Flagship Store Lazada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2022 @ 7:42 PM