HUAWEI Y7a sarat dengan teknologi canggih dan mengagumkan - FOTO HUAWEI
HUAWEI Y7a sarat dengan teknologi canggih dan mengagumkan - FOTO HUAWEI
Mohammad Asyraf Khalib

BELUM sempat menghela nafas lega, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi dikuatkuasakan dalam negara. 

Walaupun begitu, arahan berkurung di rumah sepanjang PKP untuk sekian kalinya ini tidaklah seteruk yang disangka.

Asalkan kita bijak mencari peluang merancang aktiviti menyeronokkan seperti menonton filem, asah bakat vlog dan banyak lagi, sudah tentu kita tidak akan merasa bosan berada di rumah.

Untuk menambah keseronokan, apa kata anda dapatkan peranti baharu HUAWEI Y7a, telefon pintar paling ideal untuk dijadikan teman sepanjang duduk di rumah. 

Paling penting peranti ini juga ditawarkan pada harga mampu milik. Berikut adalah tujuh sebab HUAWEI Y7a wajib jadi rebutan rakyat Malaysia. 

1. Pengecasan pantas 22.5W

Image

Dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W, HUAWEI Y7a adalah satu-satunya telefon pintar di bawah harga RM800 yang mempunyai teknologi secanggih ini. 

Sebelum ini, pengguna mungkin kerap terganggu dan hilang minat dan tumpuan semasa bermain permainan mudah alih atau menonton filem kerana terpaksa menunggu lama untuk mengecas telefon. 

Tetapi dengan keupayaan pengecasan pantas 22.5W, pengguna tidak perlu risau lagi. Sambil membancuh secawan kopi atau mandi sekejap untuk segarkan diri, HUAWEI Y7a sudah bersedia saat anda selesai!

2. Kapasiti bateri 5,000mAH

Image

Selain pengecasan pantas, memiliki sebuah peranti dengan kemampuan bateri yang mampu bertahan lama juga impian ramai orang.

Sebab itu telefon pintar HUAWEI Y7a dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAH dan direka nipis serta ringan, sesuai untuk kegunaan dalam tempoh lama. 

Dengan kapasiti bateri sebesar ini, HUAWEI Y7a mampu bertahan selama 16.6 jam untuk permainan secara dalam talian dan 38.2 jam untuk panggilan 4G.

3. Ruang simpanan 128GB

Masalah utama yang kerap mengganggu pengguna ialah terpaksa memadam aplikasi, gambar, video atau fail sedia ada dalam telefon pintar kerana kehabisan ruang untuk memuat turun aplikasi baru.

HUAWEI Y7a hadir dengan ruang simpanan besar iaitu 4GB + 128GB, cukup untuk menyimpan gambar, video dan semua aplikasi kegemaran anda. 

Bukan itu sahaja, peranti ini juga menyokong simpanan luar kad mikroSD sebesar 512GB, jadi pengguna boleh menyimpan lebih banyak fail dalam satu peranti!

4. Kamera terbaik

Tak sempurna jika telefon pintar tidak dilengkapi dengan sistem kamera yang baik kerana setiap detik dilalui ada kenangan berharga yang wajib dirakam.

Oleh sebab itu, HUAWEI Y7a dilengkapi empat kamera belakang dengan gabungan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4 untuk pengalaman penggunaan yang sempurna. 

Bagi kamera hadapan pula, ia disertakan dengan kamera 8MP F2.0 dengan rekaan berlubang di atas skrin. 

5. Skrin besar 6.67 inci

Satu lagi tarikan yang membuat ramai pengguna jatuh cinta dengan HUAWEI Y7a ialah penawaran skrin besar, paparan LCD berukuran 6.67 inci HD Penuh dengan 90 peratus nisbah skrin.

Ia juga diiktiraf TÜV Rheinland dengan tetapan cahaya biru rendah, memberikan pengguna paparan yang lebih selesa dan selamat pada mata walaupun digunakan dalam jangka masa panjang. 

Lebih mengagumkan, HUAWEI Y7a turut menggunakan pengimbas cap jari sisi dan digabungkan dengan butang kuasa.

6. Rekaan memukau

Image

Soal rekaan dan warna, HUAWEI tidak pernah mengecewakan pengguna. 

Peranti ini hadir dengan tiga warna menawan, Blush Gold, Crush Green dan Midnight Black, menjadikan ia tampak cukup elegan dan premium. 

Selain itu, rekaan ergonomik 3D pada HUAWEI Y7a juga membuatkan peranti ini selesa dalam genggaman walaupun dalam tempoh panjang. 

7. Kekal terhubung dengan HUAWEI MeeTime

Walaupun tinggal berjauhan dan berada di rumah sepanjang tempoh PKP, ini bukan halangan untuk anda berhenti  berhubung dengan tersayang.

HUAWEI Y7a disertakan HUAWEI MeeTime yang membolehkan pengguna berhubung menerusi panggilan video berkualiti tanpa penggunaan data tinggi. 

HUAWEI MeeTime juga membenarkan pengguna berkongsi paparan skrin dengan tersayang pada bila-bila masa, contohnya semasa anda memerlukan pendapat sewaktu membeli belah secara dalam talian. 

Carian lebih mudah

Sama ada anda ingin mendapatkan maklumat terkini, 'window shopping' secara dalam talian, bermain permainan mudah alih atau menonton siri drama terbaru, segalanya lebih mudah dengan HUAWEI AppGallery yang kini mengandungi lebih banyak aplikasi kegemaran rakyat Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh menggunakan Petal Search Widget untuk mencari lebih banyak aplikasi kegemaran dengan lebih mudah dan cepat. 

Harga dan ganjaran

HUAWEI Y7a boleh didapati di kedai HUAWEI dan semua HUAWEI Experience Stores (HES) seluruh negara bermula 30 Oktober ini dengan harga RM799 sahaja!

Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian HUAWEI Y7a, anda turut berpeluang menikmati 30 hari akses percubaan percuma* untuk saluran hiburan dan pendidikan seperti konsert Qello, The Explorer dan Akademi HUAWEI menerusi Video HUAWEI. 

Selain itu, anda juga boleh menikmati akses percuma sehingga 15GB untuk HUAWEI Cloud Storage selama 12 bulan* dan membawa pulang Mini Portable Fan secara percuma untuk setiap pembelian HUAWEI Y7a.

Sebenarnya ada banyak lagi hadiah dan ganjaran menarik menanti, jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi HUAWEI Member Centre dengan kadar segera dan jangan lupa dapatkan HUAWEI Y7a bermula 30 Oktober pada harga hanya RM799!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti baharu HUAWEI Y7a, layari laman sesawang HUAWEI atau Facebook HUAWEI sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 7:59 PM