Mohammad Asyraf Khalib

SEKITAR tahun 2019, HUAWEI mengumumkan bahawa semua peranti keluarannya termasuk telefon pintar dan tablet, berhenti menggunakan Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS).

Keputusan itu dibuat selepas HUAWEI memilih untuk memanfaatkan ekosistem mereka sendiri. 

Pada peringkat awal, kebanyakan pengguna bimbang apabila wujud khabar angin mengatakan pengguna peranti HUAWEI tidak boleh mengakses aplikasi yang ada di GMS. 

Namun, mitos itu berjaya ditepis apabila HUAWEI bersedia lebih awal dengan penyelidikan dan inovasi teknologi terkini untuk pengguna mereka. 

Sehingga kini, HMS menjadi ekosistem mudah alih ketiga terbesar dunia, dengan lebih 550 juta pengguna aktif dan 4.5 juta pemaju berdaftar. 

Sebelum anda mula meneroka teknologi HMS, langkah pertama perlu dilakukan adalah dengan memindahkan data daripada telefon pintar lama ke telefon pintar HUAWEI yang baharu. 

Hanya perlu muat turun aplikasi Phone Clon pada kedua-dua telefon pintar dan ikut arahan yang disediakan.

Image

Namun, jika anda kurang memahami caranya, kunjungi HUAWEI Experience Store yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, ikuti tips dan panduan yang dikongsikan di bawah untuk mengetahui cara terbaik memanfaatkan ekosistem serba baharu HUAWEI tanpa batasan.

1. Lebih banyak aplikasi di HUAWEI AppGallery

Image

Berita baik untuk anda, kini HUAWEI AppGallery menambah pelbagai pilihan aplikasi seperti komunikasi, permainan, perbankan, e-dompet, beli-belah, dan banyak lagi.

Selain itu, bagi pengguna yang mempunyai lebih dari satu akaun e-mel seperti Outlook, Gmail, Yahoo, anda mungkin tidak mahu menyerabutkan telefon pintar anda dengan semua aplikasi e-mel. 

Inilah masa terbaik untuk memanfaatkan aplikasi e-mel yang sudah sedia dipasang pada peranti HUAWEI atau cari aplikasi myMail di HUAWEI AppGallery.

Image

Sekiranya anda bimbang waktu menonton rancangan kegemaran terganggu kerana terpaksa berhenti untuk mengecas bateri telefon sehingga penuh. 

Dapatkan penyelesaian lebih baik dengan HUAWEI nova 8i yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas. HUAWEI Super Charge 66W.

Image

Hanya tetapkan masa selama 38 minit kerana itu sahaja tempoh diambil HUAWEI nova 8i untuk mengecas bateri sehingga penuh dan anda boleh kembali menonton tanpa gangguan.

Selain itu, dengan HUAWEI AppGallery, anda juga berpeluang meneroka pelbagai pilihan aplikasi suntingan gambar dan video seperti Canva, PicsArt, Photo Editor, CapCut, dan lain-lain.

Bagi yang kurang gemar menyunting gambar tetapi mahukan kualiti gambar terbaik, sekali lagi HUAWEI nova 8i patut dijadikan pilihan.

Peranti ini dilengkapi dengan kamera 64 MP AI Quad Sensor dengan sensor yang lebih besar, menjanjikan hasil gambar setanding karya jurugambar profesional.

Untuk Pengemar bermain permainan di telefon pintar, jangan risau jika menggunakan HUAWEI nova 8i kerana ia dilengkapi HUAWEI Edgeless 6.67 inci menawarkan paparan lebih langsing, nipis dan luas.

Dengan nisbah skrin ke badan 94.7 peratus, HUAWEI nova 8i menjanjikan pengalaman tontonan lebih puas sekali gus meningkatkan pengalaman permainan tanpa perlu merasa terhad dengan skrin kecil.

2. Carian lebih pintar dengan Petal Search

Jika anda pengguna tegar Google Chrome, kini tiba masa untuk beralih ke Petal Search, enjin carian lebih pintar untuk mencari pelbagai sumber dan aplikasi.

Enjin carian mudah alih yang dikuasakan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini membolehkan pengguna mencari hampir semua perkara diperlukan dalam talian tanpa batasan.

Paling penting, hasil carian di Petal Search dijana daripada HUAWEI AppGallery dan pelantar pihak ketiga yang diyakini menawarkan lebih banyak pilihan terbaik kepada pengguna.

Justeru, jika ada aplikasi yang tidak dapat dicari di HUAWEI AppGallery, ia sebenarnya boleh dimuat turun ke peranti HUAWEI dengan mudah menggunakan Petal Search.

Image

Untuk menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Facebook, Facebook Messenger, Instagram, Twitter, Netflix dan banyak lagi, cari sahaja di Petal Search, klik pasang dan terus berhubung.

Bagi menikmati lebih keseronokan, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun aplikasi YouTube Vanced, aplikasi yang mempunyai ciri serupa dengan YouTube Premium. 

Lebih menarik, aplikasi ini juga membolehkan anda memasang lagu kegemaran dan ia kekal dimainkan walaupun telefon pintar dikunci.

Sementara itu, sebagai pengguna teknologi, anda perlu peka mengenai keselamatan dan keselesaan mata terutama saat melihat skrin telefon terlalu lama. 

Disebabkan itu, HUAWEI nova 8i, dilengkapi teknologi TUV Rheinland yang berupaya melindungi mata daripada cahaya berbahaya dan meminimumkan perubahan warna dengan teknologi Intelligent Colour Correction.

3. GSpace tawar lebih banyak aplikasi Google

Seperti yang kerap diperkatakan sebelum ini, wujud khabar angin yang mengatakan pengguna telefon pintar HUAWEI tidak dapat mengakses aplikasi Google. 

Mitos ini sudah tentu membimbangkan ramai pihak kerana ia menyukarkan pengguna HUAWEI untuk berhubung dengan pengguna bukan HUAWEI.

Sebenarnya, dengan aplikasi sehenti GSpace, pengguna HUAWEI boleh menikmati semua aplikasi Google seperti Gmail, Google Maps, Google Drive, Google Photo, YouTube dan banyak lagi tanpa had.

Untuk mengetahui caranya, ikuti langkah di bawah.

Image

Jika anda ingin mengadakan mesyuarat atau berhubung menerusi Google Meet atau Google Classroom, lancarkan GSpace untuk mengakses aplikasi di Petal Search.

Paling penting, jangan lupa tetapkan ia sebagai Quick App di pelayar dan tambah semua aplikasi diperlukan sebagai 'shortcut' di skrin utama peranti untuk memudahkan kegunaan anda akan datang. 

Bagi yang terganggu dengan mesej pop-up ketika menggunakan aplikasi GSpace pula, anda boleh sahaja melangkau sebarang mesej dan terus menikmati akses aplikasi Google.

Image

Tips tambahan untuk WhatsApp 

Mungkin ada yang tertanya bagaimana cara untuk menyokong data perbualan WhatsApp yang dimuat turun menggunakan Petal Search?

Jangan risau, anda tidak akan kehilangan semua perbualan di WhatsApp, tonton video di bawah dan ikuti beberapa langkah mudah. 

HMS sempurnakan keperluan anda

Aplikasi HMS yang tersedia di telefon pintar HUAWEI sememangnya dibangunkan untuk memenuhi semua keperluan anda.

Justeru, anda tidak perlu risau sekiranya telefon pintar HUAWEI tidak mempunyai GMS kerana anda tetap kekal terhubung dan tidak akan ketinggalan dengan HMS.

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI Mobile Services sekarang atau tonton video di bawah ini. 

Bagi yang merancang untuk membeli telefon pintar baharu, HUAWEI nova 8i patut berada dalam senarai peranti pilihan kerana ia menawarkan pelbagai fungsi dan kelebihan yang diperlukan pengguna masa kini.

Image

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 8i, layari laman web rasmi HUAWEI atau dapatkannya di Shopee HUAWEI, Lazada HUAWEI dan kedai dalam HUAWEI Store Online

Anda juga boleh mengunjungi HUAWEI Experience Store berhampiran dan bawa pulang pelbagai hadiah percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 9:18 PM