Uqasha selamatkan melahirkan bayi perempuan.
Uqasha selamatkan melahirkan bayi perempuan.

Kuala Lumpur: Pelakon, Uqasha Senrose, 31, selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Uqaira, pagi ini.

Berita gembira itu dikongsikan isteri kepada pelakon Kamal Adli itu di Instagram.

"Alhamdulilah selamat melahirkan puteri sulung pada Subuh tadi. Selamat datang ke dunia sayangku, saya cintakan awak Uqaira," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Uqasha memberitahu bayi sulungnya itu lahir seberat 2.72 kilogram.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal, 38, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah sewaktu mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 2:07 PM