Siri HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4 pasangan peranti unggul  bakal menjadi pilihan generasi muda. - FOTO HUAWEI
Siri HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4 pasangan peranti unggul bakal menjadi pilihan generasi muda. - FOTO HUAWEI
Nur Amirah Abd Rani

SETIAP siri peranti pintar HUAWEI yang dilancarkan mempunyai kelompok peminat tersendiri bagi memenuhi keperluan dan citarasa pengguna. 

Seperti siri HUAWEI nova 8i dan FreeBuds 4, peranti ini bakal menjadi pilihan generasi muda sesuai untuk keperluan produktiviti dan hiburan seharian. 

Ini kerana, peranti keluaran terbaharu ini dilihat bakal menjadi teman rapat pengguna kerana pengguna boleh bergerak bebas ketika menjawab panggilan telefon. 

HUAWEI nova 8i sudah dinaiktaraf dengan dinamik gaya estetik yang lebih in-trend berbanding siri i sebelum ini.  

Antara peningkatan itu reka bentuk estetik yang lebih menyerlah serta prestasi dan pengalaman pengguna lebih intuitif. 

Sudah pasti pengguna dapat melalui satu pengalaman gaya hidup luar biasa dengan penggunaan telefon pintar ini. 

Bukan itu sahaja, HUAWEI juga turut menambah nilai siri ini dengan pengenalan fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) HUAWEI FreeBuds 4.

Fon telinga tanpa wayar ini mewarisi teknologi pembatalan bunyi aktif (ANC) yang memberikan peningkatan pengalaman memakai dan mendengar secara menyeluruh kepada pengguna. 

Oleh itu, berikut adalah lima sebab utama mengapa anda harus memiliki HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4.

Tawaran Maxis x HUAWEI pada RM1 

Image

Berita baik buat peminat nova di luar sana! Jangan lepaskan peluang untuk pratempah siri pintar ini secara eksklusif dengan Maxis. 

Pengguna hanya perlu membayar RM1 untuk membuat pratempah dengan pelan Maxis Postpaid 188 pada 15 Julai sehingga 18 Julai ini bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang sepanjang tempoh promosi melalui kedai dalam talian Maxis sahaja. 

Rebutlah peluang untuk memiliki siri telefon dan fon telinga pintar ini pada harga menarik, dan pelanggan berpeluang menikmati pelan  data hingga 100GB dengan rangkaian No 1 Malaysia ditambah panggilan tanpa had SMS bagi setiap peranti. 

1.Pengalaman mereka kandungan ditingkatkan

Image

Bagi pencipta kandungan atau YouTuber, kualiti audio dan visual adalah antara komponen utama dititikberatkan bagi setiap kandungan yang dihasilkan. 

Rakaman video jelas dan audio tanpa bunyi aktif adalah sepadan dengan spesifikasi terdapat pada peranti HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4. 

Telefon pintar HUAWEI nova 8i dilengkapi dengan kamera AI Quad 64 megapiksel yang mampu merakam visual dengan jelas. 

Selain itu, telefon pintar serba boleh ini mampu merakam gambar dan video dengan gambaran lebih menyeluruh melalui pengaktifan mod kamera Super Wide Angle. 

Dilengkapi sensor 1/1.7 inci, ia membolehkan pengguna menonjolkan skil fotografi seperti seorang jurugambar profesional. 

Peranti pintar ini hadir dengan empat lensa di bahagian belakang, membolehkan pengguna merakam semua jenis gambar pada resolusi tinggi dengan jelas. 

Empat sistem kamera belakangnya terdiri daripada  kamera utama 64 megapiksel f/1.9, kamera sudut utlra-lebar dengan resolusi 8 megapiksel 120° FoV f / 2.4, kamera Makro 2 megapiksel f / 2.4 dan kamera dalam beresolusi 2 megapiksel f / 2.4. 

Ia juga dilengkapi mod tambahan Super Night Shot 2.0 yang membolehkan pengguna berkarya dalam keadaan gelap namun dapat mengekalkan kualiti gambar. 

Manakala, kamera Beauty SuperSelfie AI dengan kamera swafoto 16MP turut dilengkapi dengan sensor suhu warna untuk mengesan cahaya persekitaran.

Image

Pengguna juga boleh menggunakan fon telinga HUAWEI FreeBuds 4 bagi membantu mengekalkan kejelasan rakaman yang berkualiti tinggi pada 48kHz. 

HUAWEI FreeBuds 4 ini dilengkapi julat frekuensi 40 kHz yang memberi anda pengalaman audio amat lancar dan jelas semasa berkomunikasi. 

Pengguna boleh mendengar audio secara langsung dengan teknologi pemacu dinamik 14.3mm yang mampu menghasilkan bunyi bass mengagumkan. 

Fon telinga ini memiliki enjin bass, tiub bass lebih besar dan papan induk yang membenarkan aliran udara di saluran frekuensi rendah bagi meningkatkan kekuatan getaran  dan menghasilkan bass yang mendalam.

Pengguna tidak perlu risau dengan suara aktif, kerana FreeBuds 4 memiliki teknologi pembatalan suara aktif 2.0 dan teknologi pembatalan kebisingan Hibrid Mikrofon Ganda Terbuka yang dapat menghasilkan gelombang anti bunyi dan menapis bunyi untuk memberi pengalaman audio lebih baik.

2. Tingkat kecekapan dan produktiviti kerja

Image

Kebiasaannya, fon telinga biasa hanya boleh digunakan pada satu peranti sahaja. Namun dengan teknologi HUAWEI AI Life ia mampu memberikan anda sambungan pada 10 peranti baharu dengan satu ketukan mudah. 

Manakala, teknologi sambungan DwiPeranti pada fon telinga ini mampu memberi sambungan pada pelbagai jenama komputer riba dan telefon anda pada satu masa yang sama. 

Sekiranya anda perlu menjawab panggilan telefon, anda boleh terus menjawab secara automatik tanpa perlu menerima panggilan secara manual.

Lebih menarik, anda hanya perlu menyentuh lembut pada fon telinga anda untuk menjawab panggilan. 

Image

Selain itu, sekiranya ingin menikmati muzik. anda boleh menggunakan ciri Touch Control untuk mengawal kelantangan audio dengan sentuhan sederhana pada bahagian gegendang telinga. 

Bagi pengguna yang perlu mengendalikan lebih dari satu aplikasi pada telefon pintar, anda boleh menggunapakai teknologi EMI 11 8i: Multi-Window. 

Multi-Window ini berfungsi seperti  ciri Floating Window yang menyokong maksimum tiga tetingkap pada satu masa. 

Pengguna juga boleh melakukan panggilan HUAWEI MeeTime dengan kaedah perkongsian skrin untuk membincangkan kerja tertentu dengan mengedit catatan pada masa sama. 

Selain itu, HUAWEI nova 8i turut menyokong ciri pintar gerak isyarat tangkapan skrin dengan hanya menekan skrin untuk tangkapan skrin yang mudah dan juga rakaman skrin. 

3. Fungsi sesuai untuk 'gamers'

Image

Bagi peminat games, visual dan audio hebat dapat membantu memberikan pengalaman bermain dan rata-rata pemain bergantung kepada audio ketika bermain. 

Hadir dengan nisbah skrin-ke-badan 94.7 peratus yang mengagumkan, HUAWEI nova 8i dijamin dapat memberikan pengalaman visual yang mendalam dengan 6.67  HUAWEI Edgeless Display. 

HUAWEI nova 8i memiliki skrin lebih nipis dan lebar, oleh itu gamer tidak perlu bimbang kerana penglihatan mereka tidak akan terganggu dan mempengaruhi permainan mereka.

Telefon ini turut dilengkapi dengan rekaan tujuh antena 2.0, paparan penuh direka khas untuk digunakan dalam orientasi landskap, mampu mengekalkan penyambungan rangkaian ketika pengguna sedang bermain game.

Pengguna juga tidak perlu risau kerana HUAWEI nova 8i menggunakan sistem graphene kekonduksian terma yang tinggi untuk pelesapan haba bagi membolehkan peranti kekal pada suhu optimum ketika bermain. 

Teknologi TUV Rheinland pada skrin HUAWEI nova 8i turut melindungi mata pengguna secara maksimum dengan perlindungan cahaya biru dan teknologi pembetulan warna yang cerdas.

4. Gaya menarik dan selesa

Image

Reka bentuk terbuka yang ergonomik pada FreeBuds 4 dibangunkan dari pangkalan data telinga manusia 3D global dengan lebih daripada 10,000 sampel. 

Fon telinga ini direka bersesuaian dengan telinga manusia bagi pengalaman memakai yang selesa dan stabil. 

HUAWEI FreeBuds 4 juga dilengkapi dengan keselesaan udara ringan dengan hanya 4.1g, manakala teknologi earbud Open-fit dengan Teknologi Pembatalan bunyi Adaptive Ear-Matching (AEM) juga memberi anda pengalaman tanpa merasa tekanan di telinga selepas berjam-jam penggunaan. 

Struktur Kebisingan Anti Gelombang pada FreeBuds 4 ini berkesan mengurangkan gangguan angin dan memberi anda keselesaan ketika bersenam. 

Sementara itu, reka bentuk melengkung 4D pada peranti HUAWEI Nova 8i pula menampilkan lengkung tepi bulat yang ramping membolehkan pengguna mencengkam dengan lebih selesa. 

Peranti ini boleh didapati dalam tiga warna berbeza iaitu, Moonlight Silver, Interstellar Blue, Starry Black.

Image

Penutup belakang pada peranti Moonlight Silver boleh berubah warna bergantung pada pencahayaan dan sudut pegangan yang berbeza. 

Selain itu, warna HUAWEI Nova 8i membolehkan anda memadankan dengan semua jenis pakaian bagi membantu menambah seri pada gaya anda. 

5. Jangka hayat bateri dan pengecasan super

Teknologi pengecasan pantas selama 15 minit pada HUAWEI FreeBuds 4 dan HUAWEI nova 8i mampu memberikan anda penggunaan selama 2.5 jam. 

Sekiranya anda mengecas penuh, ia  boleh digunakan selama 22 jam tanpa risau kehabisan bateri.

Turut disokong oleh inovasi HUAWEI SuperCharge 66W pada HUAWEI nova 8i, ia dapat memaksimumkan hayat bateri sehingga 68 peratus dengan hanya 20 minit pengecasan. 

Anda hanya perlukan 38 minit untuk mengecas penuh bagi membantu memudahkan urusan harian anda. 

Image

Pratempah HUAWEI FreeBuds 4, dan HUAWEI nova 8i

Pengguna boleh mula membuat pratempahan HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4 bermula 7 sehingga 21 Julai di lokasi berikut:

HUAWEI nova 8i: kedai dalam talian HUAWEI, Shopee dan Lazada.

HUAWEI FreeBuds 4: kedai dalam talian HUAWEI, Shopee dan Lazada.

Bagi setiap pembelian HUAWEI nova 8i, pengguna bakal  menerima Hadiah Hiburan HUAWEI, langganan VIP Muzik HUAWEI selama tiga bulan, satu bulan akses VIP Video HUAWEI, 1 bulan 200GB Storan Cloud HUAWEI bernilai sehingga RM260 sementara stok masih ada.

Image

Manakala bagi pembelian HUAWEI FreeBuds 4, anda berpeluang menerima HUAWEI Band 4 bernilai RM139 dengan setiap pembelian, sementara stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 7:01 PM