Individu masih boleh kekal aktif dan selamat di kediaman sendiri dengan adanya panduan ketika bersenam bersama peranti boleh pakai HUAWEI. - FOTO HUAWEI
Individu masih boleh kekal aktif dan selamat di kediaman sendiri dengan adanya panduan ketika bersenam bersama peranti boleh pakai HUAWEI. - FOTO HUAWEI
Hanis Aliaa Hidzir

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini telah diberi kelonggaran.

Antara kelonggaran yang diberi ialah membenarkan aktiviti sukan tertutup kecuali gimnasium kepada individu yang lengkap vaksinasi.

Namun, tidak dinafikan masih terdapat kegusaran bagi sesetengah individu yang lebih selesa meneruskan gaya hidup aktif dengan selamat di kediaman masing-masing.

Buat individu yang ingin kekal sihat dan aktif di rumah, mereka kini boleh mendapatkan panduan yang tepat ketika bersenam dengan peranti boleh pakai HUAWEI.

Melalui peranti kecergasan seperti band pintar dan jam tangan pintar, pengguna dapat memperbaiki rutin senaman kerana peranti boleh pakai HUAWEI ini dilengkapi lebih 96 mod latihan.

Selain itu, pengguna turut dapat memantau kadar oksigen dalam darah pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui peranti boleh pakai HUAWEI.

Kombo untuk kekal selamat, aktif

Image

Pengguna boleh bersenam secara selamat sambil nikmati muzik kegemaran dengan padanan HUAWEI Band 6 dan HUAWEI FreeBuds 4i.

Pilih sehingga 96 mod latihan berbeza dan pantau kadar degupan jantung, kalori serta banyak lagi ketika bersenam dengan HUAWEI Band 6.

Data ini juga boleh disimpan dan dianalisis dalam bentuk grafik bagi memudahkan pengguna membuat carta perjalanan kecergasan serta menetapkan matlamat yang ingin dicapai.

Selain itu, HUAWEI Band 6 turut menawarkan hayat bateri sehingga 14 hari dan sekiranya kehabisan bateri, pengguna boleh mendapatkan penggunaan selama dua hari dengan hanya lima minit pengecasan.

Penjejak kecergasan ini juga mempunyai sistem pengesanan SpO2 yang dapat memantau tahap oksigen dalam darah pengguna sepanjang hari.

Peranti ini lebih lengkap apabila dipadankan dengan HUAWEI FreeBuds 4i yang mana pengguna dapat menikmati muzik sambil bersenam.

Sensor HUAWEI FreeBuds 4i berupaya mengesan dan mengurangkan hingar persekitaran secara aktif.

Peranti audio ini dapat memainkan muzik sehingga sepuluh jam secara berterusan dengan pengecasan penuh.

Selain itu, pengguna hanya perlu mengecas HUAWEI FreeBuds 4i selama sepuluh minit dan dapat mengguna selama empat jam dengan adanya teknologi pengecasan pantas.

Lebih banyak pilihan berbeza

Terdapat beberapa lagi pilihan peranti boleh pakai dan audio HUAWEI pada harga berbeza yang boleh dimiliki pengguna.

Antaranya HUAWEI Watch Fit yang dilengkapi skrin berukuran 1.64 inci, GPS dan mod latihan animasi lebih besar yang mana pengguna boleh melakukan senaman tanpa perlu mencari video demonstrasi dalam talian.

Image

Bagi bentuk muka jam berbeza, siri HUAWEI Watch GT menampilkan muka jam bulat dengan pilihan HUAWEI Watch GT 2e, HUAWEI Watch GT 2, dan HUAWEI Watch GT 2 Pro.

Image

Untuk harga berpatutan, pengguna boleh mendapatkan HUAWEI Watch GT 2e manakala bagi individu yang sukakan jam pintar premium, HUAWEI Watch GT 2 Pro merupakan pilihan yang tepat.

Menyokong ciri panggilan Bluetooth, HUAWEI Watch GT 2 pastinya sesuai buat pengguna yang ingin membuat atau menerima panggilan terus dari jam pintar.

Selain itu, siri HUAWEI Watch GT turut menyokong lebih 100 mod senaman yang membolehkan pemakai kekal aktif dan bersenam pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Terdapat beberapa lagi pilihan jam tangan pintar dari siri HUAWEI Watch 3 yang juga merupakan siri HUAWEI WATCH pertama dikuasakan oleh Harmony OS.

Image

Pemakai boleh memuat turun aplikasi pihak ketiga untuk muzik dan kecergasan terus ke jam tangan melalui HUAWEI AppGallery.

HUAWEI WATCH 3 Series juga dilengkapi alat penjejak kecergasan dan terdapat lebih dari 100 mod latihan yang tersedia.

Nikmati potongan sehingga 42 peratus

Image

Sempena Hari Audio & Peranti Boleh Pakai HUAWEI, rakyat Malaysia berpeluang menikmati potongan sehingga 42 peratus bagi peranti boleh pakai dan audio HUAWEI terpilih hanya pada 25 September ini.

Berikut merupakan promosi yang ditawarkan sempena Hari Audio & Peranti Boleh Pakai HUAWEI:

Peranti Boleh Pakai

Harga Asal (RM)

Harga Promosi* (RM)

Hadiah Percuma*

HUAWEI Band 4e

119

69

N/A

HUAWEI Band 6

219

169

N/A

HUAWEI Watch GT 2 (Rose Gold)

899

559

N/A

HUAWEI Watch GT 2 46mm (Black)

799

698

Eco Drinking Straw

HUAWEI Watch GT 2 46mm (Leather Strap)

899

798

HUAWEI EasyFit 2(Gray Blue, Nylon Strap)  

HUAWEI Watch Fit

499

398

Multipurpose spray and wipe

HUAWEI Watch GT 2 Pro

1,199

999

N/A

HUAWEI Watch GT 2e

599

419

N/A

 

Peranti Audio

Harga Asal (RM)

Harga Promosi* (RM)

Hadiah Percuma*

HUAWEI FreeBuds 4

599

549

HUAWEI Band 4

HUAWEI FreeBuds 4i

379

249

HUAWEI FreeBuds 4i cover

HUAWEI FreeBuds Pro

699

629

HUAWEI CM510 Mini Speaker (Emerald Green)

HUAWEI FreeBuds Studio

1,199

799

N/A

HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II Black

1,799

799

N/A

 

Kombo Peranti

Harga Asal (RM)

Hadiah Promosi* (RM)

HUAWEI FreeBuds 4 + Watch GT 2 (Leather Strap)

1,498

888

HUAWEI FreeBuds 4i + Band 4e

498

288

HUAWEI FreeBuds Pro + Watch 3 Pro

2,898

1,888

HUAWEI Band 6 + FreeBuds 4i

598

419

HUAWEI Watch GT 2 (Rose Gold) + FreeBuds 4

1,498

1,049

*Tertakluk pada terma dan syarat

Ayuh dapatkan peranti audio dan boleh pakai HUAWEI pada harga terbaik hanya pada 25 September 2021.

Maklumat lanjut mengenai Hari Audio & Peranti Boleh Pakai HUAWEI, layari HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store Shopee dan HUAWEI Flagship Store Lazada

Sebagai alternatif, anda juga boleh berbelanja dengan mudah melalui aplikasi rasmi HUAWEI, My HUAWEI App.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 7:32 AM