Mohammad Asyraf Khalib

PEMINAT setia HUAWEI pasti tidak asing lagi dengan kemudahan HUAWEI Mobile Services (HMS).

Ia dibangunkan bagi memudahkan pengguna memuat turun pelbagai jenis aplikasi menerusi HUAWEI AppGallery di telefon pintar. 

Namun, bagi pengguna baharu yang pertama kali mencuba, teknologi HMS mungkin sedikit asing buat mereka.

Hakikatnya, pengguna tidak perlu bimbang kerana HMS saban tahun sudah melalui pelbagai proses penambahbaikan menjadikan ia lebih mudah, efisien dan mesra pengguna. . 

Bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenai kemudahan HMS, berikut terdapat empat langkah mudah yang boleh diikuti bagi meningkatkan pengalaman anda ketika menggunakan peranti HUAWEI. 

  1. Pastikan anda mendapatkan peranti HUAWEI nova Y90 atau mana-mana peranti HUAWEI di pasaran.
  2. Buka HUAWEI AppGallery dan muat turun mana-mana aplikasi yang diingini.
  3. Jika anda tidak menemui aplikasi yang dicari, jangan risau kerana anda boleh membuat carian dengan mudah menggunakan Petal Search dan muat turun aplikasi dengan hanya satu klik.
  4. Selepas proses muat turun selesai, kini HUAWEI nova Y90 anda sedia untuk digunakan!

Sejak menerajui pasaran global, syarikat teknologi gergasi, HUAWEI komited dalam memastikan semua produk keluarannya menepati citrasa pengguna masa kini. 

Sama seperti HUAWEI nova Y90, peranti baharu ini menjadi fenomena apabila ia dikategorikan sebagai sebuah peranti mampu milik yang paling berbaloi untuk dimiliki tahun ini. 

1. Bateri besar, pengecasan pantas

Gandingan bateri yang tahan lama berserta teknologi pengecasan pantas sentiasa menjadi keutamaan dalam pembikinan telefon pintar masa kini. 

Untuk itu, peranti ini disertakan dengan bateri berkapasiti besar iaitu 5,000 mAh dan 40 watt (W) HUAWEI SuperCharge. 

Dengan kapasiti bateri sebesar ini, pengguna dapat menonton filem di YouTube, Viu dan iQiyi sepuasnya tanpa perlu bimbang kehabisan bateri.

Berdasarkan rekod, ia mampu bertahan sehingga 15 jam penggunaan bagi mereka yang menonton video atau filem secara dalam talian. 

Paling penting, jika peranti nova Y90 anda kehabisan bateri, anda boleh mengecas semula peranti sehingga 50 peratus dalam masa hanya 30 minit. 

2. Paparan menakjubkan

Dari segi paparan, HUAWEI nova Y90 pasti mengujakan kerana ia dilengkapi paparan 6.7 inci HUAWEI Edgeless FullView dengan nisbah skrin ke badan yang luas sebanyak 94 peratus dan bezel ultra sempit 1.05 milimeter (mm).

Paparan sehebat ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman menonton yang mengasyikkan terutama ketika bermain permainan mudah alih seperti PUBG, Mobile Legend dan Garena Free Fire. 

Lebih menarik, telefon ini juga menyokong kadar segar semula paparan 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 270Hz, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman lebih lancar walaupun membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa atau ketika bermain permainan.

3. Rekaan memukau 

Selain itu, HUAWEI juga tidak pernah menghampakan pengguna menerusi rekaan perantinya yang sentiasa menakjubkan. 

Bagi edisi HUAWEI nova Y90, peranti ini hadir dengan rekaan Sistem Kamera Cincin Angkasa Ikonik dengan bentuk bulat berkilau menjadikan ia kelihatan elegan dan bergaya.

Lebih menarik, ia hadir dengan tiga warna elegan iaitu Midnight Black, Emerald Green dan Crystal Blue, pasti membuatkan setiap yang memandangnya jatuh cinta. 

Rekaan seakan pasir berkilauan pada panel belakang peranti sudah pasti menjadi nilai tambah kerana ia memastikan tiada kesan cap jari ditinggalkan pada permukaan telefon.

Hanya RM999!

HUAWEI nova Y90 kini tersedia di seluruh negara pada harga hanya RM999.

Dengan segala kelebihan ditawarkan, HUAWEI nova Y90 akan menjadi pilihan peranti paling berbaloi untuk dimiliki tahun ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang terawal memiliki HUAWEI nova Y90 menerusi Laman Web Rasmi HUAWEI atau Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi kedai HUAWEI berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 4:08 PM