Majlis serah tugas antara Pemangku Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat (kiri) dengan Pengarah JPJKK baharu, Datuk Aidi Ismail (kanan) sambil disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain. FOTO ihsan PDRM

Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Datuk Aidi Ismail dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pada majlis serah tugas yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.

Serah terima tugas itu antara pemangku Pengarah JPJKK, Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat dengan Aidi disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Razarudin berkata, majlis serah terima tugas itu turut membabitkan penyerahan jawatan pemangku Pengerusi Perkep JPJKK, Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani dengan Datin Raja Asaudat Raja Muda dengan disaksikan Naib Pengerusi Perkep Malaysia, Datin Zainah Othman.

"Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Aidi atas pelantikan sebagai Pengarah JPJKK serta yang mulia Asaudat sebagai Pengerusi Perkep JPJKK yang baharu.

"Saya yakin, dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, beliau (Aidi) mampu memikul amanah diberikan dengan cemerlang, sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran mendatang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 5:41 PM