KAMARUL Zaman (depan, tiga kiri) melakukan pemantauan pematuhan SOP di kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli
KAMARUL Zaman (depan, tiga kiri) melakukan pemantauan pematuhan SOP di kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Polis Kedah bersedia menghantar 300 anggotanya dan logistik untuk misi bantuan ke negeri terjejas banjir terutama di pantai timur, sekiranya diperlukan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut melakukan persediaan kelengkapan serta dalam kalangan anggota terlatih dan bantuan akan dihantar secepat mungkin.

"Kita memang bersiap sedia kerana dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhannya pun memang bersiap sedia untuk digerakkan ke pantai timur dan negeri berdekatan yang terjejas banjir.

"Malah, perbincangan serta latihan bersama agensi lain seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dilakukan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri ini.

"Walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Kedah tidak mengalami banjir, kita sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat di kawasan berisiko yang dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai Op Khas Ambang Tahun Baru 2022 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 3:42 PM