ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta. FOTO ihsan bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terperangkap dalam kereta yang berkunci di Batu 45, Teluk Penyamun, dekat sini, semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.24 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor digerakkan ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota mendapati mangsa terkunci di dalam kereta itu selama enam minit.

"Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak lelaki berkenaan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulfikar berkata, mangsa yang tidak mengalami kecederaan kemudian diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 6.44 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 3:18 PM