ANGGOTA bomba memotong pokok untuk mengeluarkan seorang wanita yang tersepit dalam Perodua Alza di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memotong pokok untuk mengeluarkan seorang wanita yang tersepit dalam Perodua Alza di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya dihempap pokok tenusu kuning setinggi kira-kira 12 meter di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 40-an dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Selayang ke rumahnya di Bukit Sentosa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.14 petang.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap MPV jenis Perodua Alza.

"Wanita terbabit dipercayai tersepit dalam kenderaan selama kira-kira 15 minit, sebelum kerja-kerja memotong pokok untuk mengeluarkan mangsa dilakukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulfikar berkata, mangsa beraya dibawa keluar jam 7.10 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 8:23 PM