ANGGOTA bomba memadam kebakaran bas henti-henti di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kuil Batu Caves, Gombak, malam ini. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran bas henti-henti di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kuil Batu Caves, Gombak, malam ini. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


BAS henti-henti terbakar di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kuil Batu Caves, Gombak, malam ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.42 malam.

“Seorang pegawai dan enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati bas berkenaan terbakar sebelum api berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Zulfikar berkata, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke depoh dan tiada penumpang ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 11:29 PM