TENGKU Zafrul ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. FOTO BERNAMA
TENGKU Zafrul ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. FOTO BERNAMA
HM Digital

Kuala Lumpur: Kerajaan berhasrat memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal dengan tujuan meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara bagi memastikan kemampanan fiskal dan menyokong kestabilan ekonomi makro.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Kertas Konsultasi Awam berkenaan akta itu sudah telah diterbitkan dan semua maklum balas konstruktif akan dipertimbangkan untuk menambah baik draf yang sedang disediakan.

"Kerajaan bercadang untuk membentangkan akta ini tahun hadapan. Selain itu, kerajaan juga sedang melaksanakan Public Expenditure Review dengan kerjasama Bank Dunia bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan

perbelanjaan awam tanpa menjejaskan sistem penyampaian awam.

"Dengan itu, produktiviti perbelanjaan awam dapat ditingkatkan bagi memastikan nilai faedah terbaik bagi setiap ringgit duit rakyat," katanya ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 6:54 PM