GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
HM Digital


Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian menerusi Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat khasiat harian menyeluruh untuk perkembangan fizikal dan minda.

Menurutnya, sebahagian daripada perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 5:06 PM