SUSPEK bersama rokok berkenaan. FOTO Ihsan PGA
SUSPEK bersama rokok berkenaan. FOTO Ihsan PGA
Omar Ahmad.


Johor Bahru: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,031 karton rokok seludup di sini, semalam.

Ia selepas satu serbuan di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok tak bercukai itu di Taman Desa Tebrau.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, ketika serbuan, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 51 tahun.

"Suspek dipercayai aktif mengedarkan rokok tidak bercukai itu ke kedai runcit di sekitar bandar raya ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah Proton Persona dan satu telefon bimbit, yang dianggarkan bernilai RM203,574.60.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 9:08 AM