BARANGAN yang dirampas menerusi serbuan berkenaan. FOTO Ihsan PGA
BARANGAN yang dirampas menerusi serbuan berkenaan. FOTO Ihsan PGA
Omar Ahmad.


Johor Bahru : Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 merampas rokok dan arak seludup berjumlah hampir setengah juta di sebuah premis di Jalan Bakawali 35, Taman Johor Jaya, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pada serbuan 4 petang itu, pihaknya merampas 20 kotak rokok, 1,548 botol arak dan sebuah Toyota Hiace yang dipercayai menjadi kenderaan pengangkutan barang tidak bercukai berkenaan.

Katanya, keseluruhan rampasan bernilai RM421,769.

"Rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai di sekitar Johor Bahru.

"Modus operandi sindiket menjadikan kenderaan sebagai tempat penyimpanan stok rokok atau arak tiada cukai. Aktiviti difahamkan sudah beroperasi lebih kurang lima bulan.

"Rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2022 @ 9:47 AM