PASUKAN bomba membantu membawa lelaki obesiti ke Hospital Melaka. FOTO ihsan Bomba
PASUKAN bomba membantu membawa lelaki obesiti ke Hospital Melaka. FOTO ihsan Bomba
Nuraliawati Sabri


Melaka: Khidmat sepasukan anggota bomba ditagih bagi membantu membawa lelaki mengalami masalah obesiti ke Hospital Melaka bagi memotong gelang putih selain mendapatkan rawatan selanjutnya selepas dia selesai menjalani tempoh kuarantin covid-19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan terdapat seorang lelaki seberat kira-kira 180 kilogram perlu dibawa ke hospital, 3.57 petang tadi.

Beliau berkata, susulan itu seramai tujuh anggota bomba bergegas ke rumah lelaki berusia 35 tahun itu di Kampung Paya Lengkong, Merlimau.

"Bomba yang turut dibantu petugas kesihatan dan mengambil masa kira- kira 20 minit untuk memindahkannya ke pengusung sebelum ditolak dan dibawa ke hospital menaiki lori," katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, kesemua anggota bomba terbabit llengkap berpakaian alat perlindungan diri (PPE).

"Operasi khidmat khas ini selesai pada jam 4.39 petang tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 9:06 PM