Keadaan lori 10 tan sarat muatan ayam daging yang terbalik. FOTO ihsan bomba
Keadaan lori 10 tan sarat muatan ayam daging yang terbalik. FOTO ihsan bomba
Hasbullah Azhar


LORI 10 tan sarat dengan muatan kira-kira 3,000 ayam daging terbabas sebelum terbalik di Jalan Bukit Bulat, Hutan Perca, Alor Gajah, 8 pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Mohd Sahar Ludin berkata, ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari Gemencheh, Negeri Sembilan untuk menghantar bekalan ke sebuah pusat pemprosesan ayam daging di Merlimau.

"Pemandu dan kelindan berusia 20-an hanya cedera ringan, namun mereka dirujuk ke hospital berhampiran untuk diberi rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kenderaan berat itu terbabas ke bahu jalan, namun hanya sebahagian daripada bakul mengandungi ayam daging tercampak ke jalan raya," katanya.

Mohd Sahar berkata, kerja mengalihkan kenderaan berat itu dan muatan dibawa kemudian diserahkan kepada syarikat terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 3:58 PM