Kemalangan yang mengorbankan pemandu kereta di Jalan Merlimau-Jasin,berhampiran Ladang Kempas, 5.15 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Kemalangan yang mengorbankan pemandu kereta di Jalan Merlimau-Jasin,berhampiran Ladang Kempas, 5.15 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Zairee Mohd Yasak

Jasin: Lelaki berusia 40 tahun maut selepas kereta dipandu bertembung dengan lori di Jalan Merlimau-Jasin,berhampiran Ladang Kempas, 5.15 petang tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung lori dari arah Merlimau.

Komander Operasi Balai Bomba dan penyelamat Jasin Pegawai Bomba Zulkarnean Ab Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.24 petang.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu tidak sedarkan diri dan parah di badan.

"Kami menggunakan alat pemotong hidraulik dalam operasi mengeluarkan mayat mangsa yang mengambil masa 20 minit," katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 9:12 PM