ANGGOTA bomba masih memadam kebakaran longgokan tayar di Kampung Sawah sejak semalam. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba masih memadam kebakaran longgokan tayar di Kampung Sawah sejak semalam. FOTO Ihsan JBPM.
Norzamira Che Noh


Banting: Usaha memadam kebakaran longgokan tayar di Kampung Sawah dekat jeti Pulau Carey sejak semalam, diteruskan pagi ini, membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kawasan terjejas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menumpu kepada pemadaman sisa tayar di kawasan berkeluasan 40,000 kaki persegi itu.

"Operasi pemadaman juga dibantu oleh empat jengkaut (excavator)," katanya dalam kenyataan hari ini.

JBPM menerima panggilan berlaku kebakaran di tapak longgokan tayar itu pada 4.06 petang semalam, dengan anggota dikerah ke lokasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan BBP Sungai Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 11:40 AM