AHLI JIK Kasih Gua Musang bergotong-royong membersih rumah mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi. FOTO Ramli Ibrahim
AHLI JIK Kasih Gua Musang bergotong-royong membersih rumah mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Ahli Kelab Jalinan Ikatan Kasih (JIK) Gua Musang tidak pernah jemu membersih rumah mangsa banjir selepas air surut, petang semalam.

Ia khususnya membabitkan rumah mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, yang kerap dilanda limpahan air Sungai Galas.

Pengerusinya, Shamsina Ahmad Kamal berkata, dalam tempoh seminggu ini sudah tiga kali pihaknya turun padang ke kampung itu untuk membersih rumah.

"Kita amat bersimpati dengan nasib penduduk kampung itu dan beberapa kampung lain di sekitarnya kerana berada di kawasan rendah.

"Oleh itu, kita akan kerap turun padang bagi membantu mangsa banjir samada membersih rumah dan menghulur bantuan makanan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita Umno Gua Musang, Ruhaida Ab Hamid berkata, pihaknya turun padang membantu mangsa banjir sejak sebulan lalu.

Katanya, tugas utamanya ketika itu memujuk penduduk yang rumah mereka dinaiki banjir supaya cepat berpindah dan jangan tunggu sehingga ke paras bahaya.

"Apabila sampai ke peringkat cemas baru hendak berpindah akan membawa kepada banyak masalah kerana arus sungai deras.

"Pasukan penyelamat mahu membantu mereka juga berdepan risiko dan mereka juga perlu bersedia menghadapi gelombang ketiga banjir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 11:20 AM