GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Pahang menurun kepada 14,320 mangsa daripada 3,879 keluarga yang kini ditempatkan di 128 pusat penempatan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri ini, setakat 4 petang ini.

Berbanding 8 pagi tadi, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 16,282 mangsa banjir daripada 4,480 keluarga ditempatkan 147 PPS.

Berdasarkan rekod, Temerloh mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 6,048 mangsa daripada 1,611 keluarga, diikuti Pekan 3,286 (925 keluarga) dan Maran 2,066 (587 keluarga).

Di Bera pula merekodkan 1,633 mangsa daripada 451 keluarga, Lipis 353 (93 keluarga); Raub 52 (10 keluarga); Jerantut 90 (28 keluarga) dan Kuantan 792 (174 keluarga).

Laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan tiga sungai masih lagi melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Di Sungai Pahang (Lubuk Pasu), Temerloh pula melepasi paras berjaga-jaga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 5:21 PM