ORANG ramai meninjau kawasan di jalan utama yang menghubungkan bandar Temerloh-Mentakab yang dinaiki air sepanjang 5 kilometer (gambar fail). FOTO Bernama
ORANG ramai meninjau kawasan di jalan utama yang menghubungkan bandar Temerloh-Mentakab yang dinaiki air sepanjang 5 kilometer (gambar fail). FOTO Bernama
Asrol Awang


Kuantan: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Pahang menurun kepada 21,240 mangsa daripada 5,817 keluarga yang kini ditempatkan di 211 pusat penempatan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini, setakat 5.30 petang ini.

Berbanding 9 pagi tadi, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 23,938 mangsa banjir daripada 6,456 keluarga ditempatkan 241 PPS.

Berdasarkan rekod, Temerloh mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 11,048 mangsa daripada 2,992 keluarga, diikuti Maran 2,738 (762 keluarga); Lipis 1,149 (320 keluarga) dan Pekan 2,642 (744 keluarga).

Raub pula merekodkan 677 mangsa daripada 208 keluarga; Jerantut 623 (180 keluarga); Bera 1,589 (441 keluarga), Kuantan 749 (163 keluarga) dan Rompin 25 (tujuh keluarga).

Laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan tiga sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Sungai Pahang (Lubuk Pasu), Temerloh dan Sungai Triang, Bera pula melepas paras amaran manakala Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan berada paras berjaga-jaga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 6:39 PM