KEADAAN tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 63 dan 73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan. FOTO ihsan PDRM Pekan
KEADAAN tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 63 dan 73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan. FOTO ihsan PDRM Pekan
Asrol Awang


Pekan: Kejadian tanah runtuh di Kilometer 63 dan Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat, di sini, menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian dipercayai akibat hujan lebat pada 10 pagi tadi.

"Bagaimanapun, kejadian ini tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan. Ketika ini, kerja pembaikan jalan dan alihan serta cucian tanah runtuh sedang dijalankan.

"Berikutan itu, laluan di Kilometer 63 dan 73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua kenderaan bagi kerja baik pulih," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Kuantan, Pekan dan Segamat boleh menggunakan jalan alternatif.

"Pengguna dari arah Segamat boleh melalui Jalan Leban Chondong, Muadzam Shah-Rompin-Nenasi -Pekan-Kuantan.

"Manakala, mereka dari arah Gambang dan Kuantan pula boleh melalui Jalan Pekan-Paloh Hinai-Bandar Pekan-Leban Chondong, Rompin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 2:33 PM