KERJA membaiki  yang rosak akibat kejadian tanah runtuh di KM 63 dan 73. FOTO ihsan Polis
KERJA membaiki yang rosak akibat kejadian tanah runtuh di KM 63 dan 73. FOTO ihsan Polis
Asrol Awang


Kuantan: Jalan Kuantan-Segamat, Pekan di Kilometer 63 dan 73 masih ditutup kepada semua kenderaan, hari ini, susulan tanah runtuh semalam.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang ingin ke Kuantan, Pekan dan Segamat diminta menggunakan jalan alternatif.

Pengguna dari arah Segamat, Johor boleh melalui Jalan Leban Chondong, Muadzam Shah-Rompin-Nenasi-Pekan-Kuantan.

Manakala, mereka dari arah Gambang dan Kuantan pula boleh melalui Jalan Pekan-Paloh Hinai-Bandar Pekan-Leban Chondong, Rompin.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya Pekan, Suhamain Sulan dalam notis pemberitahuan memaklumkan jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan selama dua hari bermula semalam.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan meminta pengguna menggunakan jalan alternatif yang dimaklumkan," katanya.

Difahamkan, kerja pembaikan jalan dan alihan serta cucian tanah runtuh sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 1:19 PM