Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Rata-rata pelanggan yang datang ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu mendaftar i-Akaun KWSP selain mahu mengemaskini akaun masing-masing.

Tinjauan Harian Metro mendapati urusan berkenaan dilakukan di kiosk yang disediakan selain beberapa kaunter khas yang dibuka untuk tujuan berkenaan.

Bagi pencarum yang mempunyai urusan lain di KWSP, mereka perlu membuat temu janji secara dalam talian terlebih dahulu.

Semua pencarum yang datang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Ketua KWSP Terengganu, Rahmat Ali berkata, semua pejabat KWSP di negeri ini beroperasi seperti biasa bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, perkhidmatan kiosk juga dibuka seperti biasa bermula 7 pagi hingga 9 malam berbanding 9 pagi hingga 5 petang sebelum ini.

ORANG ramai di Pejabat KWSP di Kuala Terengganu mengambil kesempatan mendaftar i-Akaun KWSP di samping mengemaskini akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran caruman Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang bakal diumumkan secara terperinci oleh kerajaan. FOTO Ghazali Kori

"Pencarum yang datang kebanyakannya untuk mengemas kini dan mendaftar i-Akaun mereka.

"Bagi urusan lain, kita menyediakan lima kaunter perkhidmatan yang mana ia dilaksanakan melalui janji temu secara dalam talian.

"Pelanggan perlu membuat temu janji melalui laman web KWSP sebelum hadir ke kaunter bagi mengelak kesesakan memandangkan kita masih berdepan dengan Covid-19.

"Semalam sahaja, hampir 1,000 pencarum datang untuk mengemas kini akaun i-Akaun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi Mohd Jais Ismail, 39, dia datang untuk mengemas kini akaun KWSP miliknya selain mendaftar i-Akaun.

"Saya buat keputusan daftar secara talian sebab lagi mudah mahu tengok jumlah duit yang ada," katanya.

ORANG ramai di Pejabat KWSP di Kuala Terengganu mengambil kesempatan mendaftar i-Akaun KWSP di samping mengemaskini akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran caruman Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang bakal diumumkan secara terperinci oleh kerajaan. FOTO Ghazali Kori
ORANG ramai di Pejabat KWSP di Kuala Terengganu mengambil kesempatan mendaftar i-Akaun KWSP di samping mengemaskini akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran caruman Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang bakal diumumkan secara terperinci oleh kerajaan. FOTO Ghazali Kori

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 1:42 PM