ANGGOTA bomba melakukan sanitasi awam di kawasan Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, hari ini. FOTO ihsan bomba.
ANGGOTA bomba melakukan sanitasi awam di kawasan Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melakukan sanitasi awam di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, hari ini.

Penduduk di rumah pangsa itu masih dikuarantin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Bersasar (TEMCO) dilanjutkan sehingga 7 Oktober ini berikutan penularan Covid-19 di kawasan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sanitasi awam itu dilakukan pada 10 pagi hari ini.

Beliau berkata, operasi dilakukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang dipantau Penolong Penguasa Bomba Mohd Faizol Izwan Hang Tuah.

"Operasi sanitasi ini membabitkan keseluruhan bangunan rumah pangsa di kawasan berkenaan.

"Bahan kimia digunakan adalah sodium hypoclorite dan operasi selesai pada 12 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di daerah Kota Setar iaitu di Rumah Pangsa Tongkang Yard.

Setakat ini, seramai 247 penghuni disaring dan sembilan daripadanya didapati positif Covid-19 yang membabitkan lima rumah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 12:44 PM