SERANGAN udara Israel di kem al-Mawasi menyebabkan 91 terkorban. FOTO Reuters
SERANGAN udara Israel di kem al-Mawasi menyebabkan 91 terkorban. FOTO Reuters
AFP

Gaza: Seorang pegawai kanan Hamas berkata, kumpulan pejuang Palestin menarik diri daripada rundingan mengenai gencatan senjata susulan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel dan sikapnya ketika rundingan.

Pegawai kanan itu berkata, pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh sudah memberitahu pengantara antarabangsa Qatar dan Mesir mengenai penamatan rundingan mengenai rancangan gencatan senjata yang pertama kali digariskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Mei.

Pegawai kanan itu berkata, pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh sudah memaklumkan perkara itu kepada pengantara antarabangsa mengenai 'keputusan untuk menghentikan rundingan disebabkan sikap tidak serius terhadap kependudukan yang dilakukan Israel.

Fasa pertama perjanjian itu akan menyaksikan gencatan senjata selama enam minggu dengan pertukaran kebanyakan tebusan yang ditahan dalam serangan pada 7 Oktober ke atas Israel untuk tahanan Palestin di penjara Israel.

Haniyeh berkata Hamas akan menghentikan rundingan kerana kekurangan kesungguhan pendudukan (Israel), dasar penangguhan dan halangan yang berterusan, dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersenjata.

"Hamas sudah menunjukkan fleksibiliti yang besar untuk mencapai persetujuan dan menamatkan pencerobohan serta bersedia untuk menyambung semula rundingan apabila kerajaan pendudukan menunjukkan kesungguhan dalam mencapai perjanjian gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan," menurut pegawai itu kepada AFP.

Haniyeh dalam satu kenyataan Sabtu berkata, beliau sudah memanggil pengantara dan negara lain untuk menggesa mereka memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan.

Dalam pada itu, Israel berkata Deif, yang dianggapnya sebagai salah seorang 'dalang' dalam serangan 7 Oktober, menjadi sasaran serangan ke atas kem al-Mawasi di selatan Gaza yang mana puluhan ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dari daerah lain berkumpul.

Bagaimanapun Hamas tanpa mengesahkan Deif berada di kem itu, mengatakan beliau masih hidup dan sedang bekerja.

"Komander Mohammed Deif dalam keadaan baik dan sedang menyelia Briged Ezzedine al-Qassam dan operasi penentangan," kata pegawai itu, merujuk kepada sayap bersenjata Hamas.

Serangan itu menyebabkan 92 terbunuh, kata kementerian kesihatan Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 4:31 PM