YAMAL jaring gol cantik ketika menentang Perancis.
YAMAL jaring gol cantik ketika menentang Perancis.
Agensi

Berlin: Lamine Yamal berdepan detik tidak disangka apabila cenderahati pemberian peminat dirampas pegawai media selepas tamat perlawanan Sepanyol menentang Perancis pada separuh akhir Euro 2024, Rabu lalu.

Yamal yang berusia 17 tahun semalam membantu kemenangan pasukannya dengan menjaringkan gol pertama menerusi rembatan mengagumkan.

Gol itu turut menobatkan Yamal sebagai penjaring termuda dalam sejarah Euro dan Piala Dunia sekali gus menjadi tonggak kemaraan Sepanyol ke final menentang England awal pagi esok.

Selepas tamat perlawanan, ketika Yamal menuju ke pusat media, dia dihadiahkan cenderahati oleh peminat yang kemudiannya dirampas pegawai media.

Pegawai terbabit menyedari bintang muda Sepanyol itu diberikan topeng muka Teenage Mutant Ninja Turtle yang dibimbangi menjadi bahan ejekan ke atas kapten Perancis Kylian Mbappe.

Mbappe kerap menjadi bahan jenaka di media sosial dan rakan sepasukan sendiri susulan raut wajahnya yang dikatakan seiras dengan watak kartun terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 5:39 PM