MAYAT yang ditemui di kebun kelapa sawit. FOTO ihsan polis
MAYAT yang ditemui di kebun kelapa sawit. FOTO ihsan polis
Ruwaida Md Zain


Kuala Langat: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di kebun kelapa sawit di Jalan Haji Abrar, Kampung Sri Cheeding, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pada 4 petang semalam, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kebun memaklumkan penemuan itu.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi kejadian kira-kira setengah kemudian.

"Pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa. Polis juga tidak menemui apa-apa senjata dan perkara yang boleh menimbulkan keraguan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya mangsa meninggal dunia lebih dua hari.

"Mayat berpakaian baju-T warna kuning dan seluar pendek warna kelabu dan keadaan fizikal tidak terurus.

"Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa mendapati tidak nampak kesan suntikan BCG.

"Mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 6:04 PM