KOMPLEKS Mahkamah Kota Kinabalu dikawal ketat pasukan polis sempena hari pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. - FOTO Yun Mikail
KOMPLEKS Mahkamah Kota Kinabalu dikawal ketat pasukan polis sempena hari pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. - FOTO Yun Mikail
Yun Mikail


KAWALAN keselamatan di pintu utama Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini, ditingkatkan sempena pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Tinjauan di pekarangan mahkamah mendapati semua laluan keluar masuk dikawal ketat pihak polis seawal 7 pagi.

Turut kelihatan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), namun keadaan masih terkawal.

Ketika ini, tiada penyokong mana-mana pihak dilihat hadir ke kawasan mahkamah.

Kenderaan awam yang cuba memasuki pagar utama diarahkan berpatah balik sekiranya tidak mempunyai urusan penting.

KOMPLEKS Mahkamah Kota Kinabalu dikawal ketat pasukan polis sempena hari pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. - FOTO Yun Mikail
KOMPLEKS Mahkamah Kota Kinabalu dikawal ketat pasukan polis sempena hari pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. - FOTO Yun Mikail

Petugas media juga kelihatan mula berkumpul di lokasi sama bagi membuat liputan berita berkaitan pendengaran penghujahan terbabit.

Pemerhatian setakat ini turut mendapati belum kelihatan kenderaan yang membawa Tan Sri Musa Aman atau 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain memasuki perkarangan mahkamah.

Terdahulu, Musa bersama 32 ADUN yang menyatakan sokongan ke atasnya mengemukakan permohonan semakan kehakiman menerusi firma guaman FT Ahmad dan Co pada 4 Ogos lalu.

Permohonan terbabit meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 8:33 AM