RUMAH keluarga DI Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai port menghisap dadah diserbu polis dan menahan empat lelaki. FOTO ihsan PDRM
RUMAH keluarga DI Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai port menghisap dadah diserbu polis dan menahan empat lelaki. FOTO ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


TINDAKAN dua lelaki menjadikan rumah keluarga mereka sebagai port menghisap dadah mengundang padah apabila diserbu polis di Sungai Penchala, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam serbuan 5.30 petang itu, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menerima maklumat menyerbu rumah itu dan menahan empat lelaki berusia 25 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, serbuan dijalankan susulan maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan Sungai Penchala.

Menurutnya, polis kemudian merampas dadah heroin anggaran 1.3 gram di mana siasatan awal mendapati rumah terbabit milik keluarga daripada dua suspek yang ditahan.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif morfin.

"Semakan juga mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 10:56 AM