DOUGLAS Uggah (tiga kiri) meninjau Jambatan Ulu Rimbas Asal yang runtuh selepas banjir, semalam. FOTO Ihsan DCMO.
DOUGLAS Uggah (tiga kiri) meninjau Jambatan Ulu Rimbas Asal yang runtuh selepas banjir, semalam. FOTO Ihsan DCMO.
Mohd Roji Kawi


JAMBATAN Ulu Rimbas Asal di Betong yang runtuh selepas banjir, semalam akan dibaiki bermula hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kerja pembaikan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong.

Jambatan berusia lapan tahun itu menjadi laluan utama penduduk Rumah Panjang Benjamin Liang membabitkan 19 keluarga.

"Walaupun penduduk sudah membaiki laluan dengan menggunakan kayu, ia masih agak berbahaya untuk dilalui dan pembaikan segera perlu dilakukan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke jambatan berkenaan, petang semalam yang disertai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan jurutera JKR Betong, Chiresly Francis Kureng.

Jambatan terbabit rosak selepas berlaku hakisan di tebing Sungai Rimbas kerana banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 11:46 AM