PETUGAS kesihatan memeriksa bayi yang dicampak dari tingkat empat sejurus kejadian semalam. FOTO Ihsan FB.
PETUGAS kesihatan memeriksa bayi yang dicampak dari tingkat empat sejurus kejadian semalam. FOTO Ihsan FB.
Zuhainy Zulkiffli


BAYI perempuan yang cedera di kepala selepas dicampak dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Georgetown, semalam masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, keadaan bayi malang berusia dua hari itu stabil.

Pihaknya juga menahan ibu bayi berkenaan berusia 18 tahun yang kini dirawat di hospital sama.

"Kita kini giat memburu bapa bayi itu yang juga teman lelaki remaja berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Keluarga remaja berkenaan yang berada di Kelantan sudah dimaklumkan mengenai kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 8 pagi semalam, bayi berkenaan ditemui penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah.

Siasatan polis membawa kepada penahanan remaja perempuan itu yang juga pembantu kedai dan mengaku melahirkan bayi pada 7 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Dia didakwa membuang bayi itu dari tingkat empat rumah selepas panik dan mengelak diketahui ahli keluarga.

Berita berkaitan:

  • Campak bayi dari tingkat 4
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 11:00 AM