ANGGOTA bomba melaksanakan operasi nyah cemar di sebuah bangunan pejaabat kerajaan di Kuching hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba melaksanakan operasi nyah cemar di sebuah bangunan pejaabat kerajaan di Kuching hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Roji Kawi


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini melaksanakan operasi nyah cemar di Kuching dan Kota Samarahan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, operasi nyah cemar di bangunan pejabat kerajaan serta kawasan tumpuan orang ramai.

Beliau berkata, tumpuan dilaksanakan di pejabat kerajaan yang dilaporkan mempunyai kes positif Covid-19.

“Program sanitasi awam di bangunan pejabat kerajaan di Kuching itu yang membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi nyah cemar bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari dilakukan di kawasan luar bangunan termasuk kawasan letak kenderaan hingga ke pondok pengawal,” katanya.

Ling Hii berkata, operasi sama juga dilakukan di pejabat agensi kerajaan di Kota Samarahan yang dijalankan oleh anggota dari BBP Kota Samarahan bersama kakitangan KKM.

“Bagi kawasan Betong dan Sri Aman, hari ini kami memberi tumpuan untuk melakukan operasi nyah cemar di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pasar awam,” katanya.

Semalam, JPBM turut melaksanakan operasi nyah cemar di Masjid Bahagian Kuching serta beberapa lokasi tumpuan ramai sekitar bandar raya ini.

Kuching satu-satunya lokasi di negeri ini yang kini berada dalam zon merah wabak Covid-19 selepas 118 disahkan positif wabak itu sehingga semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 2:34 PM