ANGGOTA Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Hazmat Negeri Johor melakukan semburan nyah cemar di pintu masuk salah satu daripada tiga pasaraya di Simpang Renggam. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Hazmat Negeri Johor melakukan semburan nyah cemar di pintu masuk salah satu daripada tiga pasaraya di Simpang Renggam. FOTO IHSAN BOMBA
Adnan Ibrahim


PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir lima jam untuk membersihkan dan nyah cemar tiga pasar raya di pekan Simpang Renggam, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Murad Sa’at yang mengetuai operasi itu berkata, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dan Rengit serta tujuh anggota Hazmat Johor terbabit penugasan itu yang bermula 10 malam.

Katanya, kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman itu dilakukan ke atas pasar raya Econsave dan Target di Taman Bintang Ria dan Ulu Benut.

“Proses nyah cemar dijalankan menggunakan kaedah “mist spray” yang mengandungi bahan pencuci dan air.

“Manakala peralatan digunakan milik bomba seperti pam dan penyembur mudah alih,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Ahmad Murad, semua kerja pembersihan dan nyahcemar itu berjalan lancar sebelum operasi ditamatkan pada 3 pagi.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 1:37 PM