DEWAN Undangan Negeri Sarawak. FOTO NSTP
DEWAN Undangan Negeri Sarawak. FOTO NSTP
Mohd Roji Kawi


MESYUARAT Pertama Bagi Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 akan diadakan hanya sehari pada 13 April ini.

Setiausaha DUN Sarawak, Pele Peter Tinggom berkata, langkah mengehadkan persidangan itu diambil berikutan kebimbangan wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negara.

“Persidangan itu akan diadakan mulai 9 pagi di Dewan Mesyuarat, Bangunan DUN Sarawak, Petrajaya.

“Tiada istiadat pembukaan penggal serta majlis jamuan negeri diadakan pada hari itu (seperti lazim),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, hanya petugas media, ahli pentadbiran termasuk Setiausaha Politik, Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan sahaja yang akan menghadiri persidangan itu.

“Orang awam dan pelawat tidak dibenarkan untuk datang menyaksikan persidangan itu bagi mengurangkan risiko penularan wabak,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 10:40 PM