GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa Akta 750 dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, ia digubal bagi mengadakan peruntukan mengenai laut wilayah Malaysia dan memelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan Malaysia serta bagi menjamin keutuhan keselamatan dan integriti wilayah.

Katanya ia juga bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS).

"Walaupun Dewan Undangan Negeri Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya, namun ia masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.

"Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan hak kedaulatan Malaysia termasuk perairan Malaysia sentiasa dilindungi.

"Selaras dengan nilai-nilai Malaysia Madani, sekali lagi dinyatakan di sini bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan peruntukan pembangunan kepada semua negeri

termasuk Terengganu," kata kenyataan itu

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 5:05 PM