Jenazah Muhammad Haziq dan Faris Farhan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh. FOTO Omar Ahmad
Jenazah Muhammad Haziq dan Faris Farhan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad


JENAZAH dua dari tiga sahabat yang lemas di tasik Jalan Kunyit Taman Seri Amar Kampung Melayu Majidee, malam tadi, selamat dikebumikan selepas solat Jumaat.

Jenazah Muhammad Haziq Nor Kamal, 10, dan Faris Farhan Mohd Sani, 14, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. jam 2.30 petang tadi.

Manakala jenazah Muhammad Rozie Iskandar Shah Abdullah Faris, 11, akan dikebumikan di Kampung halaman bapanya di Perak.

Terdahulu, semua jenazah dituntut ahli keluarga masing-masing tengahari tadi, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Dalam kejadian pada Khamis, ketiga-tiga mangsa bersama seorang lagi rakan mereka yang terselamat, Mohd Faiz Haikal Abdullah, 13, pergi memancing di kolam berkenaan selepas zuhur sebelum mandi di kawasan itu.

Berita berkaitan:

  • Tiga lemas di tasik
  • RM1 terakhir Muhammad Haziq
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 5:10 PM