ANGGOTA bomba melakukan operasi di lokasi tiga mangsa lemas. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR.
ANGGOTA bomba melakukan operasi di lokasi tiga mangsa lemas. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR.
Omar Ahmad


DUA kanak-kanak dan seorang remaja lemas dalam kejadian di tasik dekat Jalan Kunyit, Taman Sri Amar di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru malam ini.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tebrau Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada 7.22 malam.

Menurutnya, sebuah jentera dan EMRS dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan seorang lagi remaja berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Haziq Nor Kamal, 10; Muhammad Rozie Iskandar Shah Abdullah Faris, 11, dan Farhan Mohd Sani, 14, manakala mangsa selamat ialah Mohd Faiz Haikal Abdullah.

“Berdasarkan maklumat daripada mangsa yang terselamat, mereka ke lokasi selepas Zohor untuk memancing dan mandi di kawasan berkenaan,” katanya.


Menurutnya, pihaknya Bomba bertindak membuat operasi pencarian di tasik dengan kedalaman tiga meter itu.

Katanya, pihaknya berjaya menemui ketiga-tiga mangsa dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang ke lokasi.

“Kesemua mayat itu diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat,” katanya dan mengesahkan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.02 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 10:17 PM