RAKAMAN video menunjukkan beberapa individu sedang memakai sut berwarna putih serta memakai topeng hidung dan mulut di hadapan Unit Kecemasan hospital berkenaan yang dikaitkan dengan Covid-19 tular di media sosial, hari ini.

Nurul Hidayah Bahaudin

KEMENTERIAN Kesihatan menafikan terdapat kes koronavirus baharu atau dikenali sebagai Covid-19 dilaporkan di Hospital Selayang seperti tular di media sosial, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi, di sini, mengesahkan tiada kes virus berkenaan di hospital terbabit.

“Tiada kes koranavirus (baharu) di Selayang (hospital),” katanya ringkas melalui mesej pada aplikasi Whatsapp, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 25 saat yang menunjukkan beberapa individu sedang memakai sut berwarna putih serta memakai topeng hidung dan mulut di hadapan Unit Kecemasan hospital berkenaan yang dikaitkan dengan Covid-19 tular di media sosial, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 6:03 PM