ANGGOTA APM menangkap ular sawa yang membaham ayam. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM menangkap ular sawa yang membaham ayam. FOTO Ihsan APM.
Ramli Ibrahim


ANGGOTA Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa batik selepas membaham tiga ayam di Kampung Batu 5, dekat Gua Musang, hari ini.

Ular sawa seberat 30 kilogram dan sepanjang tiga meter itu ditangkap ketika berada di dalam tong berhampiran reban pada 6.50 pagi.

Pegawai APM daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata, kehadiran ular sawa itu disedari pemilik ayam terbabit, apabila mendapati ayam peliharaannya tidak berkokok seperti biasa.

“Selepas menunaikan solat Subuh pemilik ke reban di belakang rumah dan mendapati tiga ayamnya sudah tidak ada.

“Pemilik ayam juga turut menemui seekor ular sawa di dalam sebuah tong berhampiran reban ayam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yusalmi berkata, kemudian menerima panggilan jam 6.30 pagi, dan tiga anggota dikerah ke lokasi.

“Kita mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular itu menggunakan alat khas.

“Sebaik ditangkap, ular sawa itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 1:57 PM