Anggota APM menangkap ular sawa batik selepas membaham lima ayam di Felda Aring 1, Gua Musang. FOTO Ramli Ibrahim
Anggota APM menangkap ular sawa batik selepas membaham lima ayam di Felda Aring 1, Gua Musang. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


ULAR sawa batik sepanjang 2.5 meter ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas membaham lima ayam di Felda Aring 1, Gua Musang, pagi ini.

itu disedari pemilik rumah, Raziah Tuan Daud, 54, pada 8 pagi selepas terdengar bunyi ayam dalam reban di belakang rumah.

Raziah berkata, dia terkejut melihat ular sawa terbabit di dalam reban.

"Saya segera melapor perkara itu kepada anggota APM untuk tindakan lanjut" katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah, Mohd Yusalmi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.25 pagi.

"Tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan mendapati ular sawa masih berada dalam reban ayam terbabit.

"Anggota kita berjaya menangkap ular itu dalam masa tujuh minit," katanya.

Menurutnya, ular seberat 10 kilogram itu diserahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 1:45 PM