Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Nor Raidah Awang


ULAR sawa ditangkap anggota bomba dan penyelamat di dalam reban ayam di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, dekat Taiping, tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau Nazri Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.25 tengah malam.

Katanya, setibanya anggota bertugas di lokasi kejadian, mereka dapati seekor ular sawa berlingkar di dalam reban ayam.

Reptilia itu dipercayai sudah membaham beberapa ayam.

"Anggota berjaya menangkap ular itu dalam masa 10 minit," katanya hari ini.

Nazri berkata, ular sawa itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan berdekatan dan operasi tamat 12.50 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 5:15 PM