FOTO ihsan APM
FOTO ihsan APM
Mohd Ruzaini Zulkepli


LELAKI tidak menyangka bunyi bising di reban ayamnya berpunca daripada ular sawa empat meter yang sedang membaham ternakannya di Kampung Siaon, Menumbok, Beaufort.

Tajudin Oting, 61, dikatakan terjaga daripada tidurnya selepas mendengar bunyi bising itu, pada kira-kira 10 malam semaalm.

Tajudin berkata, dia kemudian keluar dari rumahnya dan pergi ke reban berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

"Sebaik sahaja membuka pintu reban, alangkah terkejutnya saya apabila melihat ada sawa sedang membaham ayam saya.

“Saya bergegas masuk semula ke dalam rumah dan menghubungi 999 untuk meminta bantuan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, Mohd Mayroof Koibil, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.14 malam.

Beliau berkata, empat anggota APM Menumbok dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita dapati ular terbabit yang berlingkar di reban ayam selepas membaham ayam penduduk kampung.

"Ular sawa jenis batik dengan berat 30 kilogram itu kemudiannya ditangkap. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang usaha menangkap ular itu.

"Operasi ditamatkan pada jam 11.11 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 3:55 PM