ARIFFIN (tengah) menunjukkan rampasan makanan haiwan tiruan yang dirampas  di sebuah premis di Industrial Park. FOTO IHSAN KPDNHEP.
ARIFFIN (tengah) menunjukkan rampasan makanan haiwan tiruan yang dirampas di sebuah premis di Industrial Park. FOTO IHSAN KPDNHEP.
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK 10,455 bungkusan makanan kucing dan anjing tiruan bernilai RM230,255 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebuah premis di Industrial Park di Kepong di sini, hari ini.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, serbuan jam 11 pagi itu membabitkan enam pegawai dan wakil daripada pemilik cap dagang berdaftar.

Menurutnya, antara barangan lain yang disita adalah paket makanan siap bungkus, alat timbang elektronik dan mesin pencetak tarikh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Sejak awal tahun hingga kini, lapan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019. Sebanyak 13,404 bungkus makanan itu disita membabitkan nilai RM1,723,185,” katanya.

Ariffin memberi amaran kepada peniaga supaya menghormati harta intelek atau berdepan tindakan undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 6:51 PM